Cerapan
Langit Malam
Pada
3 dan 4 Februari 2009 bertempat di
Balai Cerap Al-Khawarizmi telah diadakan
aktiviti cerapan langit malam yang
mana ianya merupakan aktiviti bulanan
Jabatan Mufti Melaka yang dikelolakan
oleh Bhg. Falak, Jabatan Mufti Melaka.
Sebanyak 3 buah sekolah menengah yang
terlibat didalam cerapan langit malam
tersebut antaranya Sekolah Menengah
Teknik Melaka Tengah yang melibatkan
seramai 42 orang murid dan pengiring
juga dari Sekolah Menengah Kem Trendak
seramai 78 orang dan juga Sekolah
Menengah Tinggi Perempuan Melaka
Pelajar-pelajar telah didedahkan mengenai
cara-cara penggunaan peta bintang
dan penggunaan peralatan astronomi
yang mana pelajar sendiri merasai
bagaimana kaedah mencerap bintang
yang sebenarnya dengan dibantu oleh
beberapa orang tenaga pengajar. Pelajar
juga diberikan maklumat berhubung
cerapan langit malam.