Laman Utama
Arkib Aktiviti 2009
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
Januari 2009
 

 

Simposium Falak Kebangsaan 2009 anjuran Anjuran Astronomy Club International Islamic University Malaysia (IIUM)

Pada 30 Januari – 1 Februari 2009 telah diadakan Simposium Falak Kebangsaan 2009 yang dianjurkan oleh kelab Astronomi UIA bertempat di Dewan Kuliyyah Senibina dan rekabentuk persekitaran, Universiti islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Simposium ini diadakan selama 3 hari yang mana sepanjang simposium ini memuatkan beberapa aktiviti falak antaranya pembentangan kertas kerja oleh beberapa orang tokoh falak antaranya ialah En. Mhd. Fairos Asillam dari (ANGKASA), En. Shahrin bin Ahmad dari Falak Online, Dr. Mahamarowi, Dr. Azhari bin Mohamad. Prof. Abdul Halim bin Abdul Aziz dan Puan Nazatulshima Ahmad.


Disamping itu juga terdapat beberapa pempamer yang menyertai simposium ini antaranya ialah dari Balai Cerap Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Melaka, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Planetarium Negara, Universiti Sains Malaysia, Asnaf Kraf ( Lembaga Zakat Selangor), Kelab Kembara Angkasa, Falak Online, Persatuan Falak Syarie Malaysia dan Kelab Prostar.


Pameran ini berlangsung selama dua hari bermula dari 31 januari 2009 hingga 1 Februari 2009.

 

 
© Jabatan Mufti Melaka