PROGRAM
TAFAQQUH PEGAWAI SYARAK DAERAH ALOR
GAJAH 1433H/2012M
ALOR
GAJAH, MELAKA, Selasa, 11
Ramadhan 1433H Bersamaan 31Julai 2012,
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan
Agama Islam Melaka telah berjaya menganjurkan
Program Tafaqquh Pegawai Syarak bagi
Daerah Alor Gajah bertempat di Masjid
Asy Syakirin Alor Gajah.

Program
ini diadakan bertujuan memberi maklumat
dan pendedahan kepada Pegawai Syarak
mengenai isu-isu semasa berkaitan
agama. Jabatan Mufti Negeri Melaka
turut terlibat menjayakan program
tersebut dengan membuat pengisian
melalui slot kuliah mengenai Garis
Panduan Penggunaan Wang Masjid dan
Surau di Negeri Melaka. Kuliah telah
disampaikan oleh Sahibul Fadhilah
Dr. Mohd Mohadis bin Yasin, Timbalan
Mufti Negeri Melaka.

Slot tersebut antara lain menerangkan
bagaimana tatacara menggunakan wang
masjid dan surau di negeri Melaka
menurut peraturan dan hukum syarak.
Melalui penjelasan tersebut diharap
para pegawai syarak dapat memahami
dan mematuhi kaedah penggunaan wang
masjid/surau berdasarkan kepada garis
panduan yang telah ditetapkan.
