WARGA
JMM MENGHADIRI PERASMIAN PUSAT TRANSFORMASI
BANDAR (UTC) MELAKA
MELAKA
, 23 Jun 2012, Sabtu, Sebahagian besar
warga kerja JMM terlibat menghadiri
majlis perasmian Pusat Transformasi
Bandar (UTC) Melaka yang telah disempurnakan
oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun
Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

UTC
diwujudkan sebagai pusat sehenti bagi
menyediakan pelbagai perkhidmatan
utama kerajaan dan sektor swasta kepada
komuniti Bandar melalui perkhidmatan
berpusat. Melaka merupakan negeri
pertama yang menyediakan perkhidmatan
tersebut. Terdapat 10 kluster UTC
yang disediakan iaitu :
1.
Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan
Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan
& Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan, Perniagaan
& Keushawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan

Majlis
perasmian telah disempurnakan di hadapan
bangunan UTC Jalan Hang Tuah , Melaka.
Majlis dimulakan dengan lafaz doa
oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj.
Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Mufti
Kerajaan Negeri Melaka diikuti dengan
Ucapan Aluan oleh YAB Datuk Seri Hj.
Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri
Melaka dan seterusnya ucapan perasmian
oleh Perdana Menteri Malaysia. Seramai
lebih kurang seratus ribu orang telah
menghadiri majlis tersebut dan pelbagai
jualan dan acara disediakan di sepanjang
jalan Hang Tuah, Melaka.


