MAJLIS
KERAIAN SAMBUTAN HARI LAHIR, PERPISAHAN
ANGGOTA PERKHIDMATAN DAN ANUGERAH
PEKERJA CEMERLANG JABATAN MUFTI MELAKA
KHAMIS,
8 Syaaban 1433H bersamaan 28 Jun 2012M,
Melaka - Kelab Sukan dan Kebajikan
Jabatan Mufti Melaka (SUKMI) telah
menganjurkan Majlis Sambutan Hari
Lahir, Anugerah Pekerja Cemerlang
Dan Majlis Perpisahan Bagi Anggota
Perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri
Melaka yang berpindah atau tamat perkhidmatan.
Majlis turut diraikan oleh Mufti Kerajaan
Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Rashid
Redza bin Hj. Md. Saleh dan Timbalan
Mufti Melaka, Dr. Mohd. Mohadis bin
Yassin serta semua pegawai dan anggota
perkhidmatan Jabatan Mufti Melaka.
Majlis
ini bertujuan untuk menghargai jasa
dan sumbangan anggota jabatan ini
dalam perkhidmatan disamping dapat
mengeratkan hubungan tali silaturrahim
dan kemesraan antara sesama warga
kerja Jabatan Mufti Melaka.

