13 – 16
April 2007 - LAWATAN SAMBIL
BELAJAR KE PULAU LANGKAWI DAN KEDAH
Lawatan
sambil belajar ke Pulau Langkawi dan Kedah
pada 13 – 16
April 2007 anjuran bersama Jabatan
Mufti Melaka dan Kelab Sukan dan Kebajikan
Jabatan Mufti Melaka (SUKMI) telah berjaya
dilaksanakan. Seramai 52 orang telah mengikuti
lawatan kali ini terdiri daripada kakitangan,
ahli keluarga serta 4 pemandu. Objektif lawatan
adalah untuk memberi penghargaan kepada anggota
perkhidmatan Jabatan Mufti Melaka di atas sumbangan
yang diberikan kepada Jabatan dan menambah
pengetahuan dan pengalaman melalui lawatan
yang dibuat. Aturcara lawatan pada
14/4/07 (Sabtu) jam 12.00 tgh – 5.30
ptg bermula di Kilang Gamat, Beras Terbakar dan
berakhir di Underwater World Langkawi. Pada
15/4/07 (Ahad) jam 9.00 pg – 1.00 ptg bermula
di Cable Car (Guar Macincang), Kompleks Kraftangan
dan berakhir di Idaman Suri (Pusat Membeli-belah).
Pada 16/4/07 (Isnin) jam 11.30 pg – 4.00
ptg bermula di Menara Telekom Alor Setar dan
berakhir di Jabatan Mufti Negeri Kedah.
17-19
April 2007-KURSUS CALON PEGAWAI SYARAK NEGERI
MELAKA
Kursus Pegawai
Syarak Bil 1/07 telah dilaksanakan pada 17-19
April 2007 Anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka.
Kursus telah dijalankan di bilik kuliah Kompleks
Al-Azim fasa 2. Seramai 40 orang telah mengikuti
kursus pada kali ini. 27 orang terdiri daripada
calon Imam, Bilal dan Noja manakala 13 orang
lagi daripada calon Bilal Wanita.
28 April
2007 - SAMBUTAN HARI FALAK / ASTRONOMI 2007
Sambutan Hari Falak/Astronomi peringkat Negeri
Melaka telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Melaka
dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie Negeri
Melaka. Seramai lebih 1000 orang telah berkunjung
ke Kompleks Falak pada hari tersebut. Berbagai
aturcara diadakan sepanjang program antaranya
Petandingan Roket, Mewarna, Cerapan Matahari,
Cerapan Langit Malam dan juga Seminar. Pameran
juga turut diadakan pada hari tersebut, antara
agensi yang terlibat adalah Akademi Laut Malaysia,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Pusat
Sains Negara.
|