Perhimpunan
Bulanan Agensi Agama yang diurusetiakan
oleh Jabatan Mufti Melaka telah diadakan di
Di Dataran Kompleks Majlis Agama Islam Melaka.
Turut menyertai perhimpunan tersebut adalah
anggota perkhidmatan Jabatan Agama Islam Melaka
dan Majlis Agama Islam Melaka. Perhimpunan
dimulai dengan bacaan doa kemudian diikuti
lagu kebangsaan, lagu Negeri Melaka dan lagu
Kualiti, ucapan SS Datuk Mufti, Timbalan Pengerusi
MAIM dan syarahan
daripada pelajar sekolah menengah Al-Ahmadi
Sg Udang. Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian
sijil.
13
Julai 2007, Bangi - Pameran & Cerapan
Langit Malam Sempena Seminar Ilmu Falak Di
Universiti Tenaga Nasional(UNITEN)
Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan
Mufti Melaka telah menyertai pameran dan cerapan
langit malam di UNITEN, Bangi sempena Seminar
Ilmu Falak yang berlangsung pada 13 hingga
14 Julai 2007. Peralatan yang dipamerkan kepada
umum ialah Teleskop, Sfera Samawi dan Rubu’ Mujayyab.
Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan
Kompleks Falak Al- Khawarizmi.
14 Julai 2007 - Cerapan Hilal Rejab 1428
Telah berlansung
aktiviti cerapan hilal Rejab 1428H. Disertai
oleh 7 orang kakitangan Bahagian Falak & Sumber
Maklumat Jabatan Mufti Melaka. Matahari Ghurub
pada pukul 7.25malam dan bulan ghurub pada
pukul 7.23 malam serta keadaan ufuk berawan
sepanjang aktiviti cerapan.
16 Julai 2007 - Taklimat Promosi Kompleks
Falak
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Isnin, 16 Julai 2007, seramai 56
orang terdiri daripada ketua-ketua penguasa
tempatan, Badan Berkanun Negeri/Persekutuan
Negeri Melaka & Syarikat Persekutuan
Negeri Melaka telah menghadiri taklimat promosi
aktiviti Kompleks Falak dan di beri peluang
menonton tayangan 3D secara percuma.
16 Julai 2007 - Fenomena Istiwa' Azam
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Isnin, 16 Julai 2007, jam 5.28 ptg
bertempat di Kompleks Falak telah berlangsung
aktviti cerapan Istiwa’ Azam yang disertai
oleh 6 kakitangan Jabatan Mufti Melaka Bahagian
Falak & Sumber Maklumat. Antara peralatan
yang digunakan semasa cerapan ialah Teleskop
MEADE LX-200, Teodolite dan kompas. Fenomena
Istiwa’ A’zam yang berlaku 2
kali setahun ini memberi peluang kepada umat
Islam di negara ini untuk menyemak ketepatan
arah kiblat sedia ada dengan menggunakan
kaedah bayang matahari yang ketika itu berada
tepat di atas bangunan Ka’abah. Kedudukan
matahari yang berada selari di atas bangunan
Ka’abah menyebabkan bayang-bayang apa
jua objek di tempat lain yang terbentuk akan
menghadap ke arah Ka’abah (kiblat)
pada waktu tersebut. Bagaimanapun gambar
bayang yang diharapkan tidak kelihatan ketika
peristiwa Istiwa’ Azam kerana berawan
dan mendung.
Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Melaka
Melaka, Rabu, 18 Julai 2007, Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa bil 3/2007 telah diadakan
di aras 3, Bilik Mesyuarat Utama MAIM, Kompleks
Majlis Agama Islam Melaka. Perbincangan adalah
berkaitan dengan penetapan kadar zakat fitrah
negeri Melaka tahun 2007, hukum penyewaan tanah
wakaf dan lain-lain.
Pameran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin
Jasin, Rabu 18 Julai 2007, Bahagian
Falak & Sumber Maklumat telah mengadakan
pameran pendidikan falak di SMK Jasin,
Melaka sempena sambutan Minggu Sains dan Matematik
di sekolah tersebut. Pameran ini berkonsepkan
pendidikan di mana peralatan yang dipamerkan
dan didemonstrasikan kepada pelajar ialah Teleskop,
Teodolite dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi
gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan
Kompleks Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan
dalam pameran ini.
Pameran Ummah Sempena
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-50
Melaka,
Khamis, 19 Julai 2007, Jabatan
Mufti Melaka telah mengadakan pameran sempena
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-50 pada 19-23 Julai 2007 bertempat
di MITC Ayer Keroh Melaka. Pameran ini berkonsepkan
Ummah di mana peralatan yang dipamerkan kepada
orang ramai ialah koleksi gambar-gambar aktiviti
bahagian Buhuth & Fatwa termasuk carta
aliran /proses sesuatu isu di selesaikan, carta
aliran memperolehi tauliah mengajar agama dan
fatwa-fatwa yang telah diwartakan di Melaka.
Teleskop, Teodolite, Rubu’ Mujayyab,
koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur yang
berkaitan dengan bahagian Falak & Sumber
Maklumat turut dipamerkan.
Lawatan Peserta Tilawah Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-50 Ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Ahad, 22 Julai 2007, Lawatan
Peserta Tilawah Peringkat Kebangsaan Kali
Ke-50 Ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi seramai
76 orang. Ahli rombongan diberi taklimat
dan dibawa menonton tayangan Planetarium & 3D
serta dibawa melawat pameran yang ada di
Balaicerap.
Sesi Penerangan Dan
Penubuhan Kelab Falak
Kepada Guru-Guru Sekolah
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Isnin, 23 Julai 2007, seramai
60 orang terdiri daripada Pengetua dan guru
besar sekolah menengah seluruh negeri Melaka
telah menghadiri sesi penerangan penubuhan
kelab Falak di sekolah masing-masing. Pengetua & guru
besar yang hadir di beri peluang menonton
tayangan 3D secara percuma.
Lawatan Daripada Travel
Guide Seluruh Malaysia
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Rabu, 25 Julai 2007, Tourism
Malaysia Melaka telah membawa
52 orang daripada Travel Guide seluruh Malaysia
ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tujuannya
adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan
Kompleks Falak sebagai destinasi/produk pelancongan
yang baru. Ahli rombongan diberi taklimat
kemudiannya dibawa menonton tayangan Planetarium & 3D
serta dibawa melawat pameran yang ada di
Balaicerap.
Pameran Sempena Program
Karnival Sains & Matematik Seolah Menengah
Sains muzaffar Syah Melaka
Kompleks
Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara, Sabtu, 28 Julai
2007, Bahagian
Falak & Sumber Maklumat telah mengadakan
pameran pendidikan falak di sekolah
menengah sains Muzaffar Syah, Melaka sempena
sambutan Minggu Sains dan Matematik di sekolah
tersebut. Pameran ini berkonsepkan pendidikan
di mana peralatan yang dipamerkan dan didemonstrasikan
kepada pelajar ialah Teleskop, Teodolite
dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar
aktiviti, gambar objek-objek langit,
pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks
Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan dalam
pameran ini.