Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan
Mufti Melaka telah menyertai pameran di UKM
Bangi sempena Muzakarah Imam-Imam seluruh Malaysia
yang berlangsung pada 12 hingga 16 Jun 2007.
Muzakarah ini telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj
Ahmad Badawi.
13
Jun 2007- PAMERAN PENDIDIKAN FALAK
DI SMK DATUK ABDUL RAHMAN YA'KOP
Bahagian Falak & Sumber Maklumat telah
mengadakan pameran pendidikan falak di
SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kop Merlimau
Melaka sempena sambutan Minggu Sains dan Matematik
di sekolah tersebut. Pameran ini berkonsepkan
pendidikan di mana peralatan yang dipamerkan
dan didemonstrasikan kepada pelajar ialah Teleskop,
Teodolite dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi
gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan
Kompleks Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan
dalam pameran ini.
14
Jun 2007- LAWATAN MUHIBBAH
SUDUT HUKUM IKIM KE JMM
Jabatan Mufti Melaka telah menerima kunjungan
2 orang pegawai Sudut Hukum Institut Kefahaman
Islam Malaysia bertujuan untuk menjalin hubungan
muhibbah dan kerjasama dalam aspek fatwa dan
hukum. Lawatan ini juga bertujuan mendapatkan
maklumat dan perkembangan terkini mengenai
pengurusan fatwa di Melaka. Penerangan mengenainya
telah dibentangkan sendiri oleh Sahibus Samahah
Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Md Salleh
Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Kompleks
Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara, Jumaat, 15
Jun 2007 telah berlansung aktiviti
cerapan hilal Jamadilakhir 1428H. Disertai
oleh 7 kakitangan Bahagian Falak & Sumber
Maklumat Jabatan Mufti Melaka. Antara peralatan
yang digunakan semasa cerapan ialah Teleskop
MEADE LX-200, Teodolite dan kompas. Keadaan
cuaca cerah sepanjang aktiviti cerapan. Cerapan
dilakukan bagi tujuan pengumpulan data dan
mengesahkan data.
PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT
Ayer Molek ,Kuala Sg. Baru, Jumaat,
15 Jun 2007 - Program Mufti Bersama
Masyarakat Bil 2/07 telah diadakan di Masjid
Ayer Molek Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah
Melaka. Seramai lebih daripada 350 orang
jemaah dari pelbagai peringkat usia telah
mengikuti program ini yang diadakan bermula
dari jam 7.00 malam dan berakhir jam 10.30
malam. Pengisian program ini terdiri daripada
Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah,
Ceramah Agama berkaitan isu semasa oleh Sahibus
Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza
bin Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli
Jawatankuasa masjid, Pameran tentang Ilmu
Falak dan jamuan yang disediakan oleh pihak
masjid. Program ini memberi peluang kepada
penduduk kariah mengenali dengan lebih dekat
peranan Jabatan Mufti Melaka dan dapat beramah
mesra serta menyuarakan masalah, aduan atau
pandangan yang berkaitan secara terus kepada
Mufti Negeri Melaka.
Perkarangan Masjid Kariah Sikamat
Desa Rhu, Seremban ,Negeri Sembilan, 22 – 24
Jun 2007 telah berlangsung Konvensyen
Falak 2007. Jabatan Mufti Melaka telah dijemput
untuk mengadakan pameran sempena konvensyen
tersebut. Antara peralatan yang dibawa ialah
Teleskop MEADE LX-200 ,Teleskop MEADE ETX
(TeleskopPembias), Rubu’ Mujayyab,
koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan
Kompleks Falak Al- Khawarizmi.
Pameran Di Sekolah
Menengah Kebangsaan
Ayer Molek Melaka
Ayer Molek, Khamis, 28 Jun 2007 Bahagian
Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka
telah mengadakan pameran pendidikan falak di
SMK Ayer Molek Melaka sempena sambutan Minggu
Sains dan Matematik di sekolah tersebut pada
28-30 Jun 2007. Pameran ini berkonsepkan pendidikan
di mana peralatan yang dipamerkan dan didemonstrasikan
kepada pelajar ialah Teleskop, Teodolite dan
Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar
aktiviti, gambar objek-objek langit,
pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks
Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan dalam
pameran ini.