Laman Utama
Arkib Aktiviti 2007
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
MEI 2007

 

5 Mei 2007-LAWATAN BAHAGIAN KABINET JABATAN PERDANA MENTERI

Kompleks Falak Al-Khawarizmi telah menerima lawatan daripada Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri sempena Seminar Kualiti Ke - VIII BKPP yang berlangsung di Melaka. Seramai 90 orang telah mengikuti  rombongan ini terdiri daripada pelbagai peringkat perkhidmatan. Ahli rombongan ini telah diberi taklimat mengenai Kompleks Falak Al-Khawarizmi, menonton  tayangan Planetarium & 3D serta dibawa melawat pameran . 

5 Mei 2007- LAWATAN MEDIA SINGAPURA

Tourism Malaysia  Melaka  telah membawa 40 orang dari media Singapura ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi,  Tujuannya adalah untuk mempromosikan Kompleks Falak ke peringkat Global. Terdiri daripada wartawan, agensi Travel & Tour, Produser filem hingga  ke juruteknik. Ahli rombongan diberi  taklimat kemudian dibawa menonton tayangan Planetarium & 3D serta dibawa melawat pameran yang ada di Balaicerap.

11 Mei 2007 - PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT

Program Mufti Bersama Masyarakat Bil 1/07 telah diadakan di Masjid Lubok Redan Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka. Seramai lebih daripada 200 orang jemaah dari pelbagai peringkat usia telah mengikuti program ini yang diadakan bermula dari jam 7.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Pengisian program ini terdiri daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, Ceramah Agama berkaitan isu semasa oleh Sahibus Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa masjid, Pameran tentang Ilmu Falak dan jamuan yang disediakan oleh pihak masjid. Program ini memberi peluang kepada penduduk kariah mengenali dengan lebih dekat peranan Jabatan Mufti Melaka dan dapat beramah mesra serta menyuarakan masalah, aduan atau pandangan yang berkaitan secara terus kepada Mufti Negeri Melaka.

30 Mei 2007 - MAJLIS PEMURNIAN AKIDAH KETUA AJARAN KEBATINAN BUDI SUCI

Majlis Pemurniaan Aqidah ke atas guru ajaran Kebatinan  Budisuci, Ismail Kamari atau mesra dengan panggilan Pak Mail, telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks Majlis Agama Islam Melaka. Majlis yang diketuai oleh Mufti Negeri Melaka itu turut dihadiri oleh YB Tn. Hj. Wahab bin Abd. Latip, Timbalan Pengerusi MAIM, 3 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Pegawai Polis Bahagian Jenayah, Pegawai dari Bahagian Dakwah JAKIM, Pegawai Penguatkuasa JAIM, Bahagian Penyelidikan JAIM dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya memujuk pengasas ajaran Budi Suci itu untuk mengakui penyelewengan yang dibawa dan melafazkan taubat untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Semoga pengikut ajaran ini sedar dan insaf dengan kesesatan yang berlaku dan segera bertaubat memohon keampunan Allah Ta’ala serta kembali ke jalan yang diredhaiNya.

31 Mei - 6 Jun 2007 : BENGKEL AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2000

Jabatan ini telah menjalankan audit kualiti dalaman bagi system pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 sebagai persiapan bagi menghadapi Surveillence Audit yang akan dijalankan oleh pihak SIRIM QAS International pada awal Julai 2007 ini bagi memantau persijilan yang diterima. Bengkel selama 5 hari  ini telah dibimbing oleh pakar perunding dari Intact Achiever Sdn. Bhd. Pn. Hjh. Zailan bte. Yusof. Melalui bengkel ini diharap segala kelemahan berhubung system pengurusan kualiti jabatan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan kepada pelanggan khususnya bagi skop yang dipersijilkan iaitu pembangunan fatwa dan proses-proses yang berkaitan dengannya.

 

 
© Jabatan Mufti Melaka