Promosi
Kompleks Falak
Menggunakan Papan LED Display MICTH
Melaka, Rabu, 1 Ogos 2007, Pengiklanan
menggunakan papan LED Display MICTH di Lebuh Ayer
Keroh berhampiran hospital pantai dilaksanakan,
tayangan selama 24 jam sehari selama sebulan, Tujuannya
adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan Kompleks
Falak sebagai destinasi/produk pelancongan yang
baru dan menarik lebih ramai lagi mengunjungi Kompleks
Falak Al-Khawarizmi.
PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT
Ayer Pa’abas, Melaka, Jumaat,
3 Ogos 2007 - Program Mufti
Bersama Masyarakat Bil 3/07 telah diadakan
di Masjid Ayer Pa’abas Alor Gajah Melaka.
Seramai lebih daripada 100 orang jemaah dari
pelbagai peringkat usia telah mengikuti program
ini yang diadakan bermula dari jam 7.00 malam
dan berakhir jam 10.30 malam. Pengisian program
ini terdiri daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah,
Ceramah Agama berkaitan isu semasa oleh Sahibus
Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin
Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa
masjid dan pameran turut diadakan antara
agensi yang turut serta adalah Bahagian Penguatkuasa
JAIM dan Pusat Zakat Melaka. Program ini memberi
peluang kepada penduduk kariah mengenali dengan
lebih dekat peranan Jabatan Mufti Melaka dan
dapat beramah mesra serta menyuarakan masalah,
aduan atau pandangan yang berkaitan secara
terus kepada Mufti Negeri Melaka.
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Melaka, Jumaat, 10 Ogos 2007, Mesyuarat
Kajian Semula Pengurusan Sistem kualiti MS ISO
9001:2000 bil 1/2007 telah diadakan di bilik
mesyuarat Jabatan Mufti Melaka. Antara yang dibincangkan
adalah mengenai laporan maklumbalas keputusan
MKSP bil1/2006, Penerangan mengenai SPK MS ISO
9001:2000 dan pembentangan laporan untuk kajian
pengurusan dan perbincangan mengenai isu dan
cadangan pencegahan/penambahbaikan serta persediaan
untuk audit pemantauan (Surveillence) oleh Sirim
Qas.
PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT
Masjid Tanah, Melaka, Jumaat, 10 Ogos 2007 -
Program Mufti Bersama Masyarakat Bil 4/07 telah
diadakan di Masjid Jamek Putra masjid Tanah Melaka.
Seramai lebih daripada 150 orang jemaah dari
pelbagai peringkat usia telah mengikuti program
ini yang diadakan bermula dari jam 7.00 malam
dan berakhir jam 10.30 malam. Pengisian program
ini terdiri daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah,
Ceramah bertajuk Isra’ Dan Mikraj oleh
Sahibus Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza
bin Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa
masjid dan pameran turut diadakan antara
agensi yang turut serta adalah Rumahku Syurgaku(RKSK)
dan Bahagian Penguatkuasa JAIM. Program ini memberi
peluang kepada penduduk kariah mengenali dengan
lebih dekat peranan Jabatan Mufti Melaka dan
dapat beramah mesra serta menyuarakan masalah,
aduan atau pandangan yang berkaitan secara terus
kepada Mufti Negeri Melaka
Pameran Sempena Muzakarah
Pentadbir Masjid Dan Surau Serta Pegawai Syarak
peringkat Negeri MelakaTahun 2007
Melaka, Isnin, 13 Ogos 2007, Muzakarah
Pentadbir Masjid Dan Surau Serta Pegawai Syarak
peringkat Negeri Melaka telah diadakan di auditorium
Masjid Al-Azim. Lebih 700 peserta mengikuti muzakarah
ini. Objektif Muzakarah ini diadakan adalah untuk
mendidik umat Islam membaca, memahami maksud
dan pengertian Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah
s.a.w. agar dapat dijadikan panduan di dalam
menjalani kehidupan seharian mereka. Bahagian
Falak & Sumber Maklumat turut mengadakan
pameran sempena Muzakarah ini. Peralatan yang
dipamerkan ialah Teleskop dan Rubu’ Mujayyab.
Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks
Falak Al- Khawarizmi.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Tg Bidara, Jumaat, 13 Ogos 2007 telah
berlansung aktiviti cerapan hilal Sya’aban
1428H. Disertai oleh 7 orang kakitangan Bahagian
Falak & Sumber
Maklumat Jabatan Mufti Melaka. Keadaan cuaca
cerah sepanjang aktiviti cerapan.
Kursus Calon Pegawai
Syarak
Melaka, Isnin 13 Ogos 2007, Kursus
Pegawai Syarak Bil 2/07 telah dilaksanakan pada
13-15 Ogos 2007 Anjuran Jabatan Mufti Negeri
Melaka. Kursus telah dijalankan di bilik kuliah
Kompleks Al-Azim fasa 2. Seramai 31 orang telah
mengikuti kursus pada kali ini. 5 orang terdiri
daripada calon Imam, Bilal 10 orang, Noja 9 orang
manakala 7 orang lagi daripada calon Bilal Wanita.
Pameran Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Syarifah Rodhiah
Melaka, Khamis 16 Ogos 2007, Bahagian
Falak & Sumber Maklumat telah mengadakan
pameran pendidikan falak di SMK Syarifah
Rodhiah Teluk Mas Melaka sempena sambutan Minggu
Sains dan Matematik di dewan sekolah tersebut.
Pameran ini berkonsepkan pendidikan di mana peralatan
yang dipamerkan dan didemonstrasikan kepada pelajar
ialah Teleskop, Teodolite dan Rubu’ Mujayyab.
Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks
Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan dalam pameran
ini.
Surveliance
Audit Oleh Sirim QAS
Melaka,
Khamis 16 Ogos 2007, Surveliance
Audit telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan
Mufti Melaka yang berlangsung selama 2 hari,
bermula 16-17 Ogos 2007 oleh Encik Mohd Jaafar
daripada Sirim QAS International. Sirim QAS
International merupakan perunding yang dilantik
oleh Sirim.
Pameran Sempena Program
Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2007
Batu Berendam, Melaka, 17 – 19
Ogos 2007 Bahagian Falak & Sumber
Maklumat telah mengadakan pameran sempena Program
karnival Udara Antarabangsa Melaka 2007 bertempat
di tempat letak kereta bangunan CTRM. Peralatan
yang dipamerkan ialah Teleskop dan Rubu’ Mujayyab.
Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan
Kompleks Falak Al- Khawarizmi.
Lawatan SS Dato’ Mufti
Wilayah Persekutuan
Melaka, Selasa 28 Ogos 2007, Jabatan
Mufti Melaka telah menerima kunjungan 11orang
kakitangan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan,
diketuai oleh SS Dato' Hj Wan Zahidi bin Wan
Teh Mufti Wilayah Persekutuan Kula Lumpur, bertujuan
untuk menjalin hubungan muhibbah dan kerjasama
dalam aspek fatwa. lawatan ini juga bertujuan
mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini
mengenai Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Penerangan
mengenainya telah dibentangkan sendiri oleh Sahibus
Samahah Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Md
Salleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Gerhana Bulan Penuh
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Selasa 28 Ogos 2007, telah
berlaku Gerhana bulan penuh yang disaksikan
oleh segelintir masyarakat di dunia. Fenomena
ini berlaku untuk kali keduanya setelah berlaku
pada 4 Mac 2007 yang lalu.
Fenomena ini berlaku sekitar 7.20 malam yang mana
pada waktu itu bulan berada pada akhir fasa penuh.
Data-data fenomena gerhana bulan adalah seperti
berikut : Fasa Penumbra : 15:53:39, Fasa Separa
: 16:51:16, Fasa Penuh : 17:52:22, Fasa Penuh Berakhir
: 19:22:24, Fasa Separa berakhir : 20:23:30, Fasa
Penumbra berakhir : 21:21:01.