Laman Utama
Arkib Aktiviti 2007
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
OKTOBER 2007

Majlis Khatam Al-Quran

Melaka, Jumaat, 5 Okt  2007, Biro Tarbiah Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Mufti Melaka (SUKMI) telah mengadakan Majlis khatam Al-Quran beramai-ramai bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Melaka. Majlis telah di sempurnakan oleh Y. Bhg. Dr (H) Hj Kassim bin Hj Bahali merangkap Timbalan Pengerusi Kelab mewakili Pengerusi kelab iaitu SS Datuk Wira Mufti dengan memberikan cenderahati kepada ahli kelab.

Rumah Terbuka Hari Raya Sahibus Samahah Datuk Mufti Negeri Melaka

Ayer Molek, Melaka,  Sabtu, 20  Okt  2007, Lebih 200 orang membanjiri rumah terbuka Aidilfitri Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Md Saleh. Antara tetamu yang hadir ialah TYT Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil bin Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina bte kassim. Hadir sama di majlis itu Exco kerajaan negeri Melaka Datuk Md Yunus dan isteri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Negeri, Datuk Othman Muhamad dan isteri, pengarah-pengarah, kakitangan kerajaan serta pemimpin-peminpin masyarakat & masyarakat tempatan.

Majlis Sambutan Hari Raya Dan Hari Bertemu Pelanggan

Melaka,  Rabu,  24  Okt  2007, Lebih 500 orang membanjiri rumah terbuka Aidilfitri Agensi Agama di dataran Kompleks Majlis Agama Islam Melaka. Antara tetamu yang hadir ialah Toh Puan Zurina bte kassim. Hadir sama di majlis itu Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abd Rahman, Exco-exco kerajaan negeri Melaka, pengarah-pengarah serta kakitangan kerajaan. Sesungguhnya majlis sambutan hariraya seumpama ini merupakan satu wadah dan cara bagi memupuk sikap saling memahami dan bertolak ansur sesame kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Di samping sambutan hariraya, pada petang itu turut diadakan juga hari bertemu pelanggan bagi memberi peluang kepada hadirin sekalian untuk menyampaikan permasalahan, pertanyaan atau aduan terus ke kaunter khidmat pelanggan yang di sediakan di lobi Kompleks.

 

 

 
© Jabatan Mufti Melaka