Laman Utama
Arkib Aktiviti 2007
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
SEPTEMBER 2007

Pameran & Cerapan Langit Malam Sempena Seminar Ilmu Falak Di INSTUN

Tg Malim, Perak, Khamis, 6 Sept 2007, Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka telah menyertai pameran dan cerapan langit malam di INSTUN sempena Seminar Ilmu Falak yang berlangsung pada hari tersebut. Peralatan yang dipamerkan kepada umum ialah Teleskop, Sfera Samawi dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi.

Pameran Pra Perkampungan Hadhari Lubok Redan

Kuala Sg Baru, Melaka, Jumaat, 7 Sept 2007, Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka telah menyertai pameran sempena Pra Perkampungan Hadhari yang berlangsung selama satu hari di kampong Lubok Redan, Kuala Sg Baru Masjid Tanah Melaka. Peralatan yang dipamerkan kepada umum ialah Teleskop, Sfera Samawi dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi.

Cerapan Hilal Rasmi Ramadhan 1428H/2007M

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara, Selasa, 11 Sept 2007 telah berlansung aktiviti cerapan hilal Rasmi Ramadhan 1428H. Antara tetamu yang hadir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil bin Yaakob, YAB Datuk Seri Hj Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Y.B Datuk Wira Ismail Saleh, Exco-exco kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua jabatan, JUPEM, JAIM, MAIM, Jawatankuasa Rukyah, JKKK/Pengerusi Masjid, Pejabat Kesihatan Alor Gajah, MPAG, TNB, Telekom, Pusat Sumber serta kakitangan Jabatan Mufti Melaka. Pada petang itu Keadaan ufuk cerah sepanjang aktiviti cerapan dan berdasarkan hitungan hisab, Ijtimak berlaku pada jam 8.43malam dan matahari ghurub pada jam 7.12malam manakala bulan ghurub pada jam 7.06malam. Ini bermakna Ijtimak berlaku selepas ghurub dan bulan ghurub lebih dahulu daripada matahari. Maka hilal belum lahir lagi pada petang itu. Dengan yang demikian pada petang Selasa 11 September 2007(29 Sya’aban 1428H) bulan tidak memenuhi apa-apa syarat Imkanur Rukyah. Oleh kerana syarat Imkanur Rukyah tidak dipenuhi maka bulan Sya’aban digenapkan menjadi 30 Sya’aban 1428H(Rabu, 12 September 2007) dan Ramadhan 1428H akan jatuh pada hari Khamis 13 September 2007.

Seminar Penghayatan Ramadhan 1428H/2007

Melaka, Rabu,  19 Sept  2007, di Auditorium Masjid Al-Azim telah berlansungnya Seminar Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak, lebih 700 peserta menyertai seminar pada kali ini yang julung kalinya dibuat dalam bulan Ramadhan. Seminar ini merupakan program tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman para peserta mengenai falsafah Ramadhan dan hikmah puasa. Seminar ini membincangkan tentang kepentingan Ramadhan, ibadat puasa dan amalan-amalan yang berkaitan dengannya dari perspektif Al-Quran dan Sunnah. Turut di sentuh ialah kepentingan puasa dari aspek kesihatan, Pengukuhan institusi keluarga menerusi tarbiah Ramadhan, sikap fanatik dan taksub penyumbang kepada penyelewengan akidah serta persoalan lazim berkaitan ibadah Ramadhan & Syawal.

 
 
© Jabatan Mufti Melaka