PENGENALAN
Ilmu
falak atau astronomi adalah merupakan
suatu ilmu yang mengkaji mengenai asal
usul, pergerakan saling tindak dan sifat-sifat
objek samawi dan alam semester. Ilmu
falak syarie mengkaji dalam ruang lingkup
yang sama tetapi mempunyai matlamat yang
akhirnya mentauhidkan pencipta alam ini, ALLAH
S.W.T.
VISI
Menjadikan
Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai
sebuah institusi yang berwibawa dalam
masyarakat demi memartabatkan ilmu Falak.
MISI
Memartabatkan
semula ilmu falak melalui pendidikan,
penyelidikan dan pelancongan ke dalam
masyarakat.
OBJEKTIF
-
Memupuk
kesedaran akan kepentingan ilmu falak
(Astronomi) di dalam masyarakat.
-
Menyokong
dan menjana usaha-usaha ke arah menggalakkan
perkembangan ilmu falak.
-
Membantu
perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan
terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai
hubungkait dengan ibadat dan kehidupan.
-
Menggalakkan
penyebaran ilmu falak ke dalam masyarakat
melalui aktiviti pelancongan. Untuk
menyediakan fatwa atau pandangan hukum
syarak dalam perkara agama dan isu
semasa yang menimbulkan perselisihan
dalam masyarakat dengan lengkap, kemas
dan bersistematik sebagai panduan umat
Islam dalam Negeri Melaka.
|