Laman Utama
Direktori Kakitangan
 
 
 
 
 
 
   
 
TIMBALAN MUFTI

 




Y. Bhg. Dr. Mohd. Mohadis bin Yasin,
Timbalan Mufti Negeri Melaka

Gred : S54

Email : mohadis at melaka.gov.my

Y. Bhg. Dr. Mohd Mohadis mula bertugas di sektor awam sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam S41 pada tahun 1984 dan telah berkhidmat dengan kerajaan lebih 26 tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau telah bertugas sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari tahun 1984-1989, Penolong Pengarah Dakwah di Jabatan Agama Islam Melaka tahun 1990-1995, Penolong Pengarah Latihan di JAKIM (1996-2004) dan sebagai Ketua Penolong Mufti di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (2005-2007).

Pada September 2007 beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pengarah Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS mulai November 2007 hingga Februari 2009. Mulai Mac 2010 hingga April 2011, beliau telah bertugas sebagai Pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sebagai Timbalan Pengarah, ILIM, JAKIM mulai April 2011 hingga September 2011. Mulai pertengahan September 2011 hingga kini, beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Melaka sebagai Timbalan Mufti Negeri Melaka di Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Sepanjang perkhidmatannya beliau telah menjalankan tugas berkaitan penyelidikan yang melibatkan hal ehwal Islam, perancangan dan strategi dakwah kepada masyarakat umum, penyediaan modul dan penyelarasan program latihan bagi institusi latihan Islam di peringkat persekutuan dan negeri serta pengurusan hal ehwal berkaitan kefatwaan di negara ini.

Beliau juga turut menyumbang dalam bidang penulisan khususnya dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akhbar Berita Harian dan Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa terbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Atas sumbangan yang telah diberikan, beliau telah ditawarkan hadiah latihan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di peringkat sarjana (Pengurusan Dakwah) tahun 1995-1997 dan Ph.D (Pengurusan Pentadbiran Hal Ehwal Islam) tahun 2001-2004 di Universiti Malaya. Beliau juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun 2004, 2007 dan 2010.

Beliau juga dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) pada tahun 2009 oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

 
 
 
© Jabatan Mufti Melaka