TAHUN
2006
KEPUTUSAN
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA
BIL 1/2006
TARIKH
MESYUARAT : 12 Zulhijjah 1426H/
12 Januari 2006M
Tajuk Fatwa |
Keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka |
| Hukum Penghibahan Rumah
Beralamat Lot 3678, Mukim Bandar, Daerah
Muar, Johor Darul Takzim Kepada Cucu/Anak
Angkat Allahyarhamah Hawa Binti Kasim. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan seperti berikut:
Proses
penghibahan rumah yang beralamat
di Lot 3678, Mukim Bandar Muar,
Johor Darul Takzim oleh Allahyarhamah
Hawa binti Kasim semasa beliau
masih hidup kepada Nor Imani
binti Md. Nor, No. Kad Pengenalan:
791027-01-5696 telah berlaku
secara sah menurut hukum syara‘ berkuatkuasa
mulai dari tarikh lafaz hibah itu
diucapkan oleh beliau ketika
hayatnya. Oleh yang demikian,
rumah tersebut telah menjadi
milik cucu/anak angkat Allahyarhamah
Hawa binti Kasim, iaitu Nor Imani
binti Md. Nor, No. Kad Pengenalan:
791027-01-5696 (anak perempuan
kepada pasangan Siti Zaleha binti
Mohd. Yusof dan Haji Md. Nor
bin Md. Yasin).
|
Permohonan
Penetapan Kaedah Pengiraan Fidyah
Bagi Negeri Melaka. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan seperti berikut:
- Bersetuju meluluskan
kaedah pengiraan fidyah yang
telah digunapakai oleh Pusat
Zakat Melaka bagi seluruh Negeri
Melaka berdasarkan kiraan berganda,
iaitu mengikut formula:
Gandaan Fidyah x Bilangan
Hari Tertinggal x Nilai Fidyah
= Jumlah Fidyah
- Nilai kadar fidyah hendaklah
berdasarkan kepada nilai zakat
fitrah Negeri Melaka pada tahun
semasa, iaitu nilai secupak beras
bersamaan satu per empat (1/4)
daripada nilai zakat fitrah (1/4
x harga fitrah semasa = nilai 1
cupak beras).
|
^^
Atas
KEPUTUSAN
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI
MELAKA BIL 2/2006
TARIKH
MESYUARAT : 2 Safar 1427H / 2 Mac 2006M
Tajuk
Fatwa |
Keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka |
| Cadangan
Menjalankan Nurseri Menanam Cendawan
Di Bekas Kandang Khinzir Di Lot 1289,
Rim, Melaka. |
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa
telah sebulat suara memutuskan
seperti berikut:
Nurseri
menanam cendawan harus dijalankan di
kawasan bekas kandang khinzir di Lot
1289, Rim, Melaka, dengan syarat kandang
tersebut hendaklah disamak terlebih
dahulu menurut ketetapan syara‘ untuk
menyucikan najis yang ada. Manakala
kawasan tanah yang telah dicemari oleh
najis khinzir, maka proses penyuciannya
boleh dilakukan sama ada dengan menambak
kawasan yang telah dicemari najis khinzir
tersebut atau membuang permukaan tanah
yang tercemar itu hingga menampakkan
lapisan tanah yang bersih. Bagi kolam
kumbahan pula, hendaklah dibersihkan
dengan cara membuang air dan pepejal
najis khinzir yang ada di dalamnya
dan membiarkan air hujan atau mata
air yang baru memenuhinya sehingga
hilang ‘ain (warna,
bau dan rasa) najis tersebut.
Kerja-kerja penyucian dan pembersihan
tersebut hendaklah dipantau dari semasa
ke semasa oleh pihak Pejabat Tanah
dan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.
|
Hukum
Memasukkan Lebihan Agihan Zakat Negeri
Melaka Ke Dalam Tabung Baitulmal. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan bahawa:
Lebihan agihan zakat Negeri
Melaka boleh disimpan di dalam tabung
Baitulmal tetapi hendaklah diadakan
akaun yang berasingan dan hanya boleh
digunakan untuk kemaslahatan asnaf-asnaf
yang lapan. Oleh yang demikian, seluruh
kutipan zakat yang terkumpul wajib
diagihkan kepada asnaf-asnaf yang
berhak.
|
| Hukum
Peraduan Melalui Sistem Pesanan Ringkas
(SMS). |
Mesyuarat
bersetuju memutuskan seperti berikut:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri Melaka Bil. 2/2006 bersetuju
dan menerimapakai keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004 seperti
berikut:
“Peraduan kuiz melalui
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan
seumpamanya adalah mengandungi
unsur-unsur eksploitasi, kesamaran
(tidak jelas), pertaruhan dan nasib
yang tergolong dalam pengertian
judi. Dari itu, hukum peraduan
kuiz tersebut adalah haram di sisi
syara‘.”
|
| Kumpulan
Black Metal. |
Mesyuarat
bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Bersetuju menerimapakai
keputusan Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-72 pada 27 Julai 2004
bahawa:
“Amalan dan perbuatan Kumpulan
Black Metal adalah sesat dan
bercanggah dengan ajaran Islam
yang sebenar. Oleh itu, umat
Islam diminta menjauhi Kumpulan
tersebut kerana perbuatan dan
amalan mereka boleh menyebabkan
seseorang itu terkeluar daripada
Islam.”
- Bersetuju agar keputusan fatwa
tersebut diwartakan untuk proses
penguatkuasaan undang-undang bagi
menyekat gejala Black Metal daripada
terus merebak. Kertas kerja berhubung
pewartaan fatwa ini akan dikemukakan
untuk dibawa dalam Mesyuarat Majlis
Agama Islam Melaka yang akan datang.
|
^^ Atas
KEPUTUSAN
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI
MELAKA BIL 3/2006
TARIKH
MESYUARAT : 27 Rabi‘ul Awwal
1427H / 26 April 2006M
Tajuk
Fatwa |
Keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka |
| Hukum Mengeluarkan Tanah
Wakaf Perkuburan Islam Di Lot 137,
Mukim Duyong, Melaka. |
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa
telah sebulat suara memutuskan
seperti berikut:
| 1. |
Harus memotong atau meneres
tebing tanah wakaf perkuburan
Islam di atas Lot 137, Mukim
Duyong, Melaka untuk mengurangkan
kecuraman tebing bagi mengelakkan
kemudaratan terhadap nyawa dan
harta benda penduduk berhampiran
serta memelihara kemaslahatan
umum dengan syarat-syarat berikut:
| a) |
Tanah
yang dipotong atau diteres
hendaklah dipindahkan
ke kawasan rendah di
atas lot yang sama. Sekiranya
kawasan tersebut tidak
dapat menampung sedangkan
masih ada lebihan tanah
yang perlu dipindahkan,
maka bolehlah dipindahkan
ke tanah wakaf lain yang
berhampiran untuk diambil
manfaat daripadanya.
|
| b) |
Segala
perbelanjaan yang terlibat
dalam kerja-kerja pemotongan/peneresan
tebing dan pemindahan
tanah hendaklah ditanggung
sepenuhnya oleh pihak
Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah (MBMB).
|
| c) |
Pihak
Majlis Agama Islam Melaka
hendaklah mengatur tindakan
yang rapi dan berhikmah
berhubung isu ini bagi
memastikan kelicinannya
seperti mengadakan sesi
perbincangan dan penerangan
kepada pihak yang terlibat
supaya wujud persefahaman
di antara pengelola tanah
wakaf dan pihak yang
akan melaksanakan kerja-kerja
pemindahan tanah wakaf
tersebut.
|
|
|
| Cadangan Pembayaran
Zakat Melalui Kad Kredit/Kad Bank Islam. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan bahawa:
Harus membayar zakat dengan
menggunakan kad kredit/kad Bank
Islam sebagai kemudahan kepada
umat Islam di Negeri Melaka untuk
melunaskan kewajipan tersebut.
Namun demikian, keharusan ini adalah
tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
- Keseluruhan kos yang
terlibat dalam urusan tersebut
termasuk pembangunan sistem,
penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan,
caj transaksi dan sebagainya
hendaklah ditanggung oleh Pusat
Zakat Melaka dan bukan pihak
pembayar zakat.
- Kaedah
pembayaran tersebut hanya sebagai
suatu pilihan atau alternatif kepada
pembayar zakat yang berminat dan
bukan suatu kemestian.
|
| Isu
Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Antara
Agama (IFC). |
Mesyuarat
merakamkan rasa dukacita dan menentang
sekeras-kerasnya cadangan penubuhan
Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
dan berharap pihak Kerajaan tidak
akan membincangkan perkara ini
dalam Parlimen kerana ia akan menghakis
hak dan kepentingan agama Islam
dan orang Islam. |
^^
Atas
KEPUTUSAN
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI
MELAKA BIL 4/2006
TARIKH
MESYUARAT : 8 Jamadil Akhir 1427H /
4 Julai 2006M
Tajuk
Fatwa |
Keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka |
Permohonan Menetapkan
Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka
Bagi Tahun 1427H/2006M. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan seperti berikut:
-
Harga zakat fitrah Negeri
Melaka bagi tahun 1427H/2006M
ialah sebanyak RM 4.70 seorang.
-
Penetapan
kadar tersebut adalah berdasarkan
harga purata beras Super Tempatan
Gred A mengikut timbangan satu
gantang Baghdad bersamaan 2.6
kilogram.
-
Semua
umat Islam yang tinggal atau
bekerja di Negeri Melaka hendaklah
membayar zakat fitrah kepada ‘amil-‘amil
yang dilantik oleh Majlis Agama
Islam Melaka bagi tahun 1427H/2006M.
. |
Hukum Wakalah Dan
Beberapa Perkara Berbangkit Dalam
Ibadah Qurban. |
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa
telah sebulat suara memutuskan
seperti berikut:
Bersetuju menerimapakai keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-66 bahawa:
- Hukum asal wakalah
adalah harus.
- Harus bagi wakil mewakilkan
kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.
- Harus bagi wakil mewakilkan
kepada orang lain sekiranya
tidak mampu atau tidak layak
melakukan sendiri perkara yang
diwakilkan tersebut.
- Harus mengagihkan daging
qurban ke tempat atau negara
lain.
Walau
bagaimanapun mesyuarat bersetuju
memutuskan hukum tidak harus mengagih
dan memberi makan daging qurban
kepada orang bukan Islam adalah
hanya kepada mereka yang berstatus
kafir harbi sahaja,
tidak kepada kafir zimmi atau musta’man. |
^^
Atas
KEPUTUSAN
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI
MELAKA BIL 5/2006
TARIKH
MESYUARAT : 12 Sya‘ban 1427H / 5
September 2006M
Tajuk
Fatwa |
Keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka |
| Cadangan
Mewartakan Pengharaman Ajaran Budi
Suci Di Negeri Melaka. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan seperti berikut:
| 1. |
Ajaran dan amalan kebatinan
Budi Suci didapati menyeleweng
daripada ajaran Islam yang sebenar.
Oleh yang demikian, umat Islam
dilarang mengamalkan ajaran itu. |
| 2. |
Antara ciri-ciri
ajaran itu
| a) |
Terdapat unsur-unsur Wahdatul
Wujud di dalam amalan
kebatinan ajaran kumpulan
ini di mana dalam dua
kalimah syahadah itu
ada dua Nur iaitu Nur Muhammad
dan Nur Allah. |
| b) |
Mengaku bahawa asal usul
solat itu berasal daripada
perkataan “ALHAMDU”. |
| c) |
Mengatakan bahawa 13
rukun dalam solat daripada
3 bahagian iaitu daripada
Allah, bapa dan ibu. |
| d) |
Mengubahsuai zikir dengan
menyerupai kalimah Hindu
(HU). |
| e) |
Membahagikan qiblat kepada
empat bahagian. |
| f) |
Ada unsur-unsur tawassul di
dalam zikir yang diamalkan. |
| g) |
Mengatakan kalimah syahadah berasal
daripada perkataan seperti Ujud, Kidam, Baqa’. |
| h) |
Mengatakan fardhu bagi syahadah hanya
dua perkara, sedangkan
yang sebenarnya tiga. |
| i) |
Asal kejadian manusia
yang melalui 29 peringkat
kejadian bermula daripada
dalam zat Allah. |
| |
|
|
| 3. |
Mana-mana orang
Islam adalah dilarang untuk mengajar,
mempelajari, mengamalkan atau
menyebarkan ajaran dan amalan
kebatinan tersebut dalam apa-apa
jua bentuk dan cara. |
| 4. |
Orang Islam di
mana-mana jua berada, yang telah
mengamalkan ajaran dan amalan
kebatinan Budi Suci hendaklah
segera meninggalkan ajaran tersebut
dan memohon keampunan kepada
Allah subhanahu wata‘ala. |
Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
juga telah bersetuju agar keputusan
fatwa tersebut diwartakan untuk
proses penguatkuasaan undang-undang
bagi menyekat Ajaran Budi Suci
ini daripada terus tersebar di
Negeri Melaka. |
| Permohonan
Penarikan Semula Perwakafan Tanak Pusaka
Adat Perpatih Naning Di Lot 101, MCLR
6, Mukim Bandar Pulau Sebang, Daerah
Alor Gajah, Melaka. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara memutuskan bahawa:
Proses
perwakafan tanah Lot 101, MCLR 6, Mukim
Bandar Pulau Sebang, Daerah Alor Gajah,
Melaka, oleh Puan Azimah binti Haji
Abdul Rani telah berlaku secara sah
menurut hukum syara‘ dan
undang-undang. Oleh itu, permohonan
Encik Mohd Ali bin Abdul Ghani dan
Encik Sahari bin Abdul Ghani untuk
menarik semula perwakafan tanah tersebut
adalah tidak wajar dan tidak boleh
dilaksanakan. Sekiranya pemohon hendak
meneruskan juga tuntutan tersebut,
mereka hendaklah mengemukakannya kepada
pihak Mahkamah Syariah. |
| Permohonan
Penetapan Semula Sempadan Kariah Bukit
Gedong, Melaka. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara bersetuju menetapkan bahawa
sempadan baru Kariah Bukit Gedong
seperti berikut:
“Sempadan kariah
Bukit Gedong bermula dari Laut
Selat Melaka lot 2983 (Tanjung
Samudera) melalui jalan Haji Zainal
ke timur laut melalui sempadan
lot 401, 402 kemudian belok ke
timur melalui lot 400, 399, 417,
425, 2186, 2441 (Tanah Imigresen),
479, 480, 484, kemudian mengikuti
jalan Bukit Gedong ke lot 1443,
1442, 1439, 1849, 2498 melintasi
jalan Tanjung Kling ke lot 2502,
2501, 2500, 2531, 1400, 2527,
2526, 2525, 1416, 1415, 1414, 1361,
1362, 1363, 2389, sebahagian dari
lot 1366 (tanah wakaf Tanjung Kling
tetapi digunakan untuk tanah perkuburan
Bukit Gedong) melalui jalan merentasi
tanah perkuburan lot 1366 ke selatan
dan lot 2544 hingga ke jalanraya.
Kemudian melalui sempadan lot 2532,
1354 dan merentasi jalan Solok
Ciku melalui lot 526, 537, 539,
543, 544, 545, 680, 675, 1842,
1841, 677, 676, 637, 636, 635,
634, 633, 632, 629, 628 hingga
ke lot 2054. Melalui sempadan lot
2054 kemudian mengikut sempadan
lot 2052, 2050 dan merentasi lot
2191 terus ke sempadan lot 1940
hingga lot 672, 671, 666, 665,
3022, 2180, 2178, 2177 mengikut
jalanraya ke Sungai Udang hingga
bertemu semula di lot 2983 (Tanjung
Samudera).”
Mesyuarat
juga telah bersetuju agar sempadan
kariah tersebut diwartakan dalam
Warta Kerajaan Negeri Melaka. |
| Cadangan
Mewartakan Pentafsiran Hukum Syara‘ Ke
Atas Wakaf-Wakaf Yang Tidak Jelas Penyerahannya. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara bersetuju memutuskan bahawa:
- Semua masjid, surau, sekolah
agama (institusi pengajian agama)
dan tanah perkuburan di Negeri
Melaka adalah wakaf jika telah
ditentukan oleh waqif bagi
tujuan tersebut untuk dinikmati
manfaat dan faedahnya oleh orang
ramai.
- Sesuatu wakaf itu dikira
sah menurut hukum syara‘ sekiranya
telah memenuhi rukun dan syarat
yang ditetapkan.
- Tidak disyaratkan
bahawa pihak benefisiari perlu
membuktikan sesuatu barang itu
telah diwakafkan. Sekiranya waqif telah
meninggal dunia dan tiada sebarang
dokumen yang membuktikan perwakafan
telah dibuat, maka keterangan saksi
yang dipercayai boleh diterimapakai
untuk mengesahkan wakaf tersebut.
- Wakaf
secara lisan adalah sah sekiranya waqif dan
barang yang diwakafkan itu (mawquf)
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh hukum syara‘.
- Proses
perwakafan tidak mensyaratkan perlu
ada saksi untuk mengesahkannya.
Oleh itu, dalam kes perwakafan
yang tidak dapat dibuktikan, maka
keterangan saksi-saksi yang waham, zan atau syak boleh
diterimapakai untuk mengesahkan
wakaf tersebut.
- Sesuatu barang itu
dikira sebagai mawquf menurut
apa yang dilafazkan oleh waqif.
Oleh itu, jika waqif menyatakan
dalam lafaznya untuk mewakafkan
sesebuah masjid, maka hanya bangunan
masjid dan tapaknya sahaja dikira
sebagai harta wakaf.
- Penggunaan
sesuatu premis atau harta yang
dianggap wakaf oleh penduduk setempat
secara turun temurun bagi satu
jangka masa yang lama boleh ditafsirkan
sebagai wakaf masyarakat Islam
walaupun tiada bukti yang jelas
secara lisan atau tulisan mengenai
kesahihannya. Memadai dengan dakwaan
pemimpin dan kebanyakan penduduk
setempat yang menyatakan bahawa
harta tersebut adalah wakaf.
|
Cadangan
Penyelarasan Lafaz Do‘a Qunut
Nazilah Ketika Sembahyang Juma‘at
Di Masjid-Masjid Seluruh Negeri Melaka. |
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat
suara bersetuju memutuskan bahawa:
Lafaz do‘a qunut
nazilah ketika sembahyang Jumaat
di masjid-masjid seluruh Negeri Melaka
hendaklah diselaraskan seperti berikut:

|
^^ Atas
|