Laman Utama
Maklumat Berkaitan
Info Fatwa
   
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
   
Enakmen Berkaitan Mufti dan Fatwa
   
Proses Pengeluaran Fatwa
   
Contoh Doa Majlis Rasmi
   
Sejarah Mufti-mufti Negeri Melaka
 
ENAKMEN

 


 

PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAH HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL
(Muat turun dalam format pdf)

FATWA DALAM ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

FATWA

1) Tertakluk kepada seksyen 39, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang berhubungan dengan Hukum Syarak.

2) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawwatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta mengikut subseksyen (6).

3) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Melaka sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan peribadi.

4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Melaka tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.

BENTUK FATWA

1) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

2) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.

SABIT KESALAHAN MELANGGAR FATWA YANG TELAH DIWARTAKAN

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991

FATWA TIDAK SAH

Seseorang yang memberi dan menghebahkan fatwa untuk diikuti oleh orang awam mengenai apa-apa soalan ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan yang telah diwartakan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 2000.00 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali dan fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

MENGHINA AGAMA ISLAM

Sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau yang menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 5000.00 atau dipenjara tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya sekali.

AJARAN SALAH

Sesiapa yang mengajar atau menjelaskan kepada seseorang atau di tempat awam mengajar atau menjalankan sesuatu istiadat atau sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 5000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya sekali dan segala dokumen bertulis dan alat-alat berkaitan ajaran salah itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

 
 
© Jabatan Mufti Melaka