|
|
 INFO
FATWA |
|
|
APA ITU FATWA ?
-
Fatwa
ialah satu perkataan Arab yang berasal
dari fata-yaftu-fatwa atau futya
-
Dari
segi bahasa - Memberi jawapan/penjelasan
bagi sesuatu masalah agama
-
Dari
segi istilah - Penjelasan mengenai
hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu
masalah agama berdasarkan dalil syarak
sebagai jawapan kepada sesiapa yang
bertanya, baik secara bersendirian
atau berkumpulan.
-
Proses
memberi jawapan dibuat sama ada secara
bersendirian oleh seseorang Mufti atau
secara berjemaah oleh sesebuah Jawatankuasa
Fatwa atau Majlis Fatwa.
SKOP
FATWA
-
Isu
atau masalah yang timbul dalam masyarakat
dan belum jelas hukum mengenainya
-
Pendapat
yang berbeza antara Ulama' yang memerlukan
pemilihan (tarjih)
-
Isu-isu
yang telah difatwakan di negara-negara
lain yang perlu disesuaikan mengikut
keadaan setempat
-
Isu-isu
yang bersifat nasional atau global
dan berkaitan dengan kepentingan umat
Islam
MUFTI
Mufti
bermaksud orang yang memberikan jawapan
kepada persoalan atau perkara yang
dikemukakan oleh seseorang berdasarkan
hukum syara'.
|
|
|
|
|
|