| 1.1 |
Setiap
aduan / pertanyaan secara bertulis
mengenai hukum dan fatwa akan diteliti
dan dijawab dalam tempoh tujuh
hari bekerja dari tarikh penerimaannya
atau selepas Mesyuarat Jawatankuasa
Syariah Negeri Melaka atau sekiranya
perlu selepas Mesyuarat Majlis
Agama Islam Melaka jika melibatkan
urusan pewartaan. |
| 1.2 |
Sebarang
aduan yang diterima daripada orang
ramai mengenai sesuatu perkara
yang melibatkan penyelidikan dari
segi syariah, aqidah dan isu-isu
semasa berkaitan agama yang memerlukan
fatwa atau pandangan hukum akan
disiapkan dalam masa satu bulan
dari tarikh penerimaan. |
| 1.3 |
Sebarang
permohonan bagi mendapatkan Tauliah
Mengajar Agama dan Tauliah Mengajar
Al-Quran akan diproses dalam tempoh
dua bulan dari tarikh permohonan
dikemukan atau selepas diluluskan
oleh Majils Agama Islam Melaka. |
| 1.4 |
Kami
akan mengesahkan data-data hisab
mengenai penetapan awal bulan-bulan
Islam, Takwim dan Jadual Waktu
Solat, Jadual Waktu Berbuka Puasa
dan Imsak, pada masa yang ditetapkan. |
| 1.5 |
Segala
permohonan bagi mendapatkan pembaca
doa bagi majlis-majlis rasmi Jabatan-Jabatan
Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta,
akan dijawab dalam tempoh dua hari
dari tarikh penerimaan. |
| 1.6 |
Segala
baucer pembayaran berkaitan dengan
kewangan akan disempurnakan dalam
masa lima hari dari tarikh penerimaan
tuntutan. |
| 1.7 |
Surat
Pesanan Pembelian Tempatan (LPO)
dan Pesanan Perkhidmatan (Service
Order) akan diuruskan dalam tempoh
tiga hari dari tarikh penerimaan. |