Laman Utama
Santapan Nurani
Himpunan Doa
   
 
HIMPUNAN DOA

 



Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak.

Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Takrif Doa

Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Alllah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Tujuan dan Adab Berdoa

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.

  • Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.
  • Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
  • Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
  • Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
  • Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T

Tempat Berdoa

Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).

Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.

Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.

 
 
© Jabatan Mufti Melaka