Doa
adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu
tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya.
Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan
ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib.
dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan
cara yang sesuai dengan kehendak syarak.
Ini
bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai
suatu acara kebudayaan atau adat yang
bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa
tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagagai
suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan
pada masa yang sesuai, pada suasana yang
baik dan dilakukan di tempat yang betul.
Takrif
Doa
Doa
ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya
kepada Alllah dengan rendah diri dari
hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan
rahmat, inayah dan pertolonganNya atau
menolah segala bahaya, bala dan bencana
dengan cara dan adab yang tertentu.
Tujuan
dan Adab Berdoa
Setiap
doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai
sifat dan tujuan yang baik. Doa yang
diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam
keadaan dan cara seperti berikut.
- Mengetahui
tujuan berdoa atau apa yang hendak
dipohon dari Allah S.W.T.
- Doa
dibaca dengan betul dan tepat sebutan
mahrajnya.
- Doa
dibaca dengan suara yang jelas dan
sederhana ( tidak terlalu laju).
- Doa
dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak
terlalu kuat dan sebaliknya).
- Doa
dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan
tawaduk kepada Allah S.W.T
Tempat
Berdoa
Tempat
yang diharuskan berdoa antaranya ialah
di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan
untuk kebaikan seperti masjid, dewan,
madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka
(seperti padang).
Manakala
yang tidak diharuskan berdoa ialah di
tempat yang terdapat patung manusia atau
haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang
tidak sopan yang terkeluar dari akhlak
Islam.
Begitu
juga di tempat-tempat yang mengandungi
acara atau aktiviti yang berunsur maksiat,
ditegah atau bertentangan dengan Islam
seperti majlis tari menari atau yang
seumpama dengannya. |