Laman Utama
Perkhidmatan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

NAIK TARAF SURAU

 


 

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN BAGI PERMOHONAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT @ NAIK TARAF SURAU KEPADA MASJID

A. MAKLUMAT PENDUDUK


1. Jumlah rumah dalam kawasan berkenaan
2. Jumlah lelaki Islam yang telah akhil baligh (nyatakan % yang bekerja di luar dan % yang menetap)
3. Jumlah penduduk Islam keseluruhan

 

B. MAKLUMAT PEMBANGUNAN SETEMPAT

 

1. Nyatakan pembangunan fizikal yang wujud di kawasan berkenaan seperti pewujudan taman-taman perumahan, kilang-kilang, institusi-institusi pengajian dan sebagainya.
2. Nyatakan projek-projek pembangunan fizikal yang telah dan akan dirancang dalam kawasan berkenaan


C. MAKLUMAT SURAU YANG HENDAK DINAIKTARAF

 

1. Jarak antara masjid sedia ada dengan surau yang hendak dinaiktaraf.
2. Nyatakan anggaran kepadatan jemaah yang bersolat jumaat di masjid sedia ada dan masjid-masjid berhampiran
3. Nyatakan kapasiti jemaah yang boleh ditampung oleh surau yang hendak dinaiktaraf.
4. Surau-surau lain yang ada dalam kariah tersebut
5. Nyatakan calon-calon pegawai syarak yang bakal dilantik
6. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di surau berkenaan sama ada mingguan, bulanan, tahunan atau berkala.
7. Sumber kewangan bagi perbelanjaan operasi surau berkenaan
8. Nyatakan sama ada surau berkenaan terletak berhampiran dengan rumah-rumah ibadat agama lain (kuil, gereja dsb)
9. Maklumat lokasi surau :

a. Nama lot
b. Jenis pemilikan tanah
c. Sewaan tahunan
d. Keluasan
e. Status
f. Lain-lain

 

D. MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN:

 

1. Senarai ahli jawatankuasa surau / madrasah
2. Nyatakan sebab-sebab yang kukuh mengapa permohonan dibuat
3. Ulasan / Cadangan oleh Pegawai Penyelaras Masjid.

 

E. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

 

1. Pelan lakar surau berkenaan termasuk kawasan tanah lapang di sekitarnya
2. Salinan geran hakmilik tanah bagi tapak surau (jika ada)
3. Surat pewakafan tanah (jika ada)
4. Surat sokongan:

a. Y.B. Kawasan
b. Pengerusi JKKK berhampiran
c. Pengerusi Lembaga masjid-masjid berhampiran

 


PERHATIAN

Pegawai Penyalaras Masjid dan Madrasah yang melaporkan perlu membuat ulasan dan syor sama ada menyokong atau tidak permohonan yang dikemukakan serta disahkan oleh Pegawai Agama Daerah.


 
 
© Jabatan Mufti Melaka