Sistem
Maklumat Pengurusan Tauliah Mengajar
Agama dan Al-Quran ini dibangunkan untuk
meningkatkan taraf pengurusan maklumat
dalam institusi Mufti Negeri Melaka.
Sistem ini akan dibangunkan secara ‘web-based’
dan mesra-pengguna, di mana pengguna sistem
dapat menggunakannya pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja diperlukan untuk
mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan.
Di samping itu, pegawai dan kakitangan
yang bertanggungjawab menyedia dan
mengemaskini maklumat tauliah boleh
melakukannya dari mana-mana komputer
yang ada akses internet. Sistem ini
juga akan dilengkapi dengan keselamatan
daftar masuk untuk mengawal dan menghadkan
penggunaan sistem hanya kepada anggota
perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri Melaka
yang berkenaan dan pemohon/pemegang
tauliah yang berdaftar.
Untuk
maklumat lanjut sila layari http://tauliah.mmu.edu.my
|