Istiwa A'zam adalah fenomena matahari
berada betul-betul di atas bangunan Kaabah. Fenomena
ini berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada : 28 Mei
(5.16 petang waktu Malaysia) dan 16 Julai (5.28 petang
waktu Malaysia).
Apabila matahari berada betul-betul di
atas bangunan Kaabah, maka secara tidak langsung bayang-bayang
objek di tempat lain yang terbentuk juga akan menghadap
ke arah Kaabah (kiblat) pada waktu tersebut.
Kita di Malaysia juga berpeluang menyemak
arah kiblat tempat kita dengan tepat semasa berlakunya
fenomena tersebut.
Kaedah menggunakan bayang matahari pada
tarikh dan waktu tersebut adalah kaedah yang paling
mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan
tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang
tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada
petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang
pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke
pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.