Hari Falak / Astronomi adalah merupakan
satu hari dimana ahli-ahli falak / astronomi dikumpulkan
dari segenap pelusuk dunia berkumpul. Pada
tahun ini, Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju
untuk memilih tarikh 28 April
2007 sebagai tarikh
rasmi sambutan hari tersebut. Biasanya tarikh sambutan
akan diadakan pada hari Sabtu, hujung bulan April
atau awal bulan Mei sebelum fasa bulan mencapai fasa
penuh.
Objektif utama Sambutan Hari Falak
/ Astronomi ini adalah :
- Menanam minat masyarakat umum kepada
bidang sains terutamanya falak / astronomi yang
mana telah terpinggir
- Membuka peluang kepada masyarakat
umum tentang kepelbagaian kegunaan bidang sains
terutamanya dalam bidang falak / astronomi dengan
penerangan dari segi pameran, ceramah, pertandingan
dan kuiz serta ceramah-ceramah berkaitan falak
/astronomi
- Membentuk kerjasama di antara Kompleks
Falak Al-Khawarizmi dengan unit-unit astronomi
lain juga Jabatan-Jabatan Mufti lain yang terlibat
secara langsung mahupun tidak berkenaan dengan
aspek falak
- Meningkatkan kefahaman mengenai
ilmu falak dan membentuk satu jaringan maklumat
yang berterusan
Aktiviti sambutan adalah :
AKTIVITI |
WAKTU |
TEMPAT |
Pertandingan
Mewarna (Tadika)
|
8.00 am – 10.00 am |
Pelantar
Cerapan Al-Khawarizmi
|
Pertandingan
Teknologi Pelancaran Roket
|
|
Ruang
Letak Kereta Kompleks Falak Al - Khawarizmi |
Tayangan 3D dan Planetarium
di Kompleks Falak Al-Khawarizmi
* Tiada tempahan awal
|
i.11.00 am
ii.12.00 am
iii.2.00 pm
iv.3.00 pm
v.4.00 pm
vi.5.00 pm
|
Planetarium
Al-Khawarizmi
|
Pop
Kuiz Hari Falak / Astronomi
|
10.00
am – 4.00 pm
|
Ruang
Legar Balai CerapAl-Khawarizmi
|
Pameran
Astronomi oleh Agensi Terlibat
|
9.00
am – 5.00 pm |
Ruang
Legar Balai CerapAl-Khawarizmi
|
Ceramah Falak : “ Alam
Cakerawala Sebagai Satu Tanda Kebesaran Allah
Oleh Dr. Arip Kosmo , Fakulti
Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia ”.
|
11.00 am – 1.00 pm |
Bilik
Kuliah Balai CerapAl-Khawarizmi
|
Cerapan
Matahari
|
|
Pelantar
Cerapan Al-Khawarizmi |
Cerapan
Langit Malam
|
|
Kubah
dan Pelantar Cerapan Balai Cerap Al-Khawarizmi |
Anda dijemput untuk bersama-sama
kami untuk menyertai sambutan ini !
Jangan lepaskan
peluang keemasan ini !!!