s
 

 


Muat turun poster Hari Falak 2008

Sambutan Hari Falak / Astronomi 2008
Fenomena Astronomi - Istiwa A'zam
Cerapan Hilal
Cerapan Langit Malam
Pameran
Lawatan
Pendidikan
Penyelidikan
Pelancongan

 

 

 

SAMBUTAN HARI FALAK / ASTRONOMI TAHUN 2008 :

Hari Falak / Astronomi adalah merupakan satu hari dimana ahli-ahli falak / astronomi dikumpulkan dari segenap pelusuk dunia berkumpul. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk memilih tarikh 10 dan 11 Mei 2008 sebagai tarikh rasmi sambutan hari tersebut. Biasanya tarikh sambutan akan diadakan pada hari Sabtu, hujung bulan April atau awal bulan Mei sebelum fasa bulan mencapai fasa penuh.

Objektif utama Sambutan Hari Falak / Astronomi ini adalah :

  • Menanam minat masyarakat umum kepada bidang sains terutamanya falak / astronomi yang mana telah terpinggir
  • Membuka peluang kepada masyarakat umum tentang kepelbagaian kegunaan bidang sains terutamanya dalam bidang falak / astronomi dengan penerangan dari segi pameran, ceramah, pertandingan dan kuiz serta ceramah-ceramah berkaitan falak /astronomi
  • Membentuk kerjasama di antara Kompleks Falak Al-Khawarizmi dengan unit-unit astronomi lain juga Jabatan-Jabatan Mufti lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak berkenaan dengan aspek falak
  • Meningkatkan kefahaman mengenai ilmu falak dan membentuk satu jaringan maklumat yang berterusan

Anda dijemput untuk bersama-sama kami untuk menyertai sambutan ini !

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!


Jabatan Mufti Negeri Melaka