FENOMENA
ASTRONOMI- Bulan Senyum?
Bulan senyum itu hanya istilah yang digunakan
oleh pemberita TV3 untuk mensensasikan fenomena tersebut.
Apa yang sebenar berlaku ialah kedudukan planet musytari
dan Zuhrah (Venus) serta bulan dalam keadaan sedemikian
apabila dilihat dari Bumi. Fenomena tersebut berlaku
kerana planet Musytari, Zuhrah dan Bulan masing-masing
beredar di dalam orbitnya dan pada keadaan kedudukan
tertentu objek-objek tersebut jika dilihat dari Bumi
kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
Gambar
di bawah menunjukkan kedudukan planet Musytari
(Jupiter), Zuhrah (Venus) dan Bumi di dalam orbitnya
pada 1 Disember 2008 jam 20:00. Kedudukan sedemikian
menyebabkan kedua-dua planet tersebut kelihatan
berdekatan antara satu sama lain jika dilihat
dari Bumi. Pada tarikh dan masa tersebut bulan
dalam fasa sabit (4 Zulhijah 1429) juga berada
pada altitude 27 darjah (masih rendah dari ufuk)

Planet Musytari, Zuhrah, Marikh,
Utarid dan Bumi dalam orbitnya pada 1 Disember 2008

Simulasi Bulan, Zuhrah(Venus) dan
Musytari (Jupiter)
pada jam 20:00 1Disember 2008 ( 4 Zulhijah 1429) apabila
dilihat dari Bumi
