s
 

 


Sambutan Hari Falak / Astronomi 2008
Fenomena Astronomi - Istiwa A'zam
Cerapan Hilal
Cerapan Langit Malam
Pameran
Lawatan
Pendidikan
Penyelidikan
Pelancongan

 

 

 

PELANCONGAN

Sektor pelancongan adalah salah satu produk utama negeri Melaka. Ia boleh memberikan satu ruang yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dan menarik minat orang ramai mengenai ilmu ini.

Satu perancangan akan dibuat dengan agensi pelancongan bagi memasukkan aktiviti astronomi sebagai satu daya tarikan pelancong. Tayangan planetarium digital yang memaparkan keadaan simulasi langit seperti pergerakan bintang, planet, bulan dan objek-objek lain boleh menjadi salah satu tarikan pelancong.

Penjelajahan dan penerokaan manusia ke angkasa lepas juga akan ditayangkan menerusi projektor planetarium digital. Aktiviti tayangan ini boleh menarik pelancong untuk datang dan sebagai satu cara untuk menyebarkan pengaetahuan ilmu falak ke dalam masyarakat. Tayangan 2D dan 3D movie dan dokumentari sains juga sebagai satu daya tarikan baru planetarium Al-Khawarizmi yang menggunakan menggunakan sistem projektor 3D.

Sambutan Hari Astronomi Sedunia yang diadakan pada bulan April-Mei setiap tahun juga menjadi sebahagian aktiviti yang menarik kehadiran pelancong ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

 


Jabatan Mufti Negeri Melaka