s
 

 


International Heliocentric Year

Fenomena Astronomi Semasa

Sambutan Hari Falak / Astronomi
Fenomena Astronomi - Istiwa A'zam
Cerapan Hilal
Cerapan Langit Malam
Pameran
Lawatan
Pendidikan
Penyelidikan
Pelancongan

 

 

 

PENYELIDIKAN

Tumpuan penyelidikan terhadap aspek falak yang berkaitan dengan ibadat dan kajian umum seperti fotometri, astrometri dan spektoskopi. Balai cerap ini juga berfungsi sebagai satu kemudahan bagi penyelidik-penyelidik dari universiti tempatan untuk melakukan kajian falak/astronomi.

Di antara kajian yang sedang dilakukan di balai cerap Al-Khawarizmi ialah kajian kenampakan hilal, kecerahan ufuk langit dan pengimejan CCD.

Kajian kenampakan hilal dilakukan setiap bulan hijrah dengan menggunakan peralatan teodolit dan teleskop.

Kecerahan ufuk langit dilakukan setiap hari dengan menggunakan kamera luar yang merakamkan keadaan ufuk barat terutamanya ketika senja dan ketika terbenamnya matahari.

Pengimejan CCD bertujuan untuk merakam dan menganalisa imej objek-objek-objek samawi seperti Messier, galaksi dan nebula. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teleskop RCOS 16” dan teleskop pembias Takahasi FS128 5” serta kamerea CCD SBIG ST10XME dengan menggunakan mount robotic, ParamountME.


Jabatan Mufti Negeri Melaka