s
 

 


Pengenalan
Objektif
Jadual Waktu Tayangan, Tajuk dan Harga Tiket
Waktu Jualan Tiket
Peraturan Am

 

 

 

PENGENALAN

Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka.

Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Ketika ini bangunan Balai Cerap dan Planetarium telahpun beroperasi, manakala Pusat Latihan pula dijangka akan mula beroperasi pada akhir tahun 2007.

Dengan terbinanya Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini, masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi, Di samping itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu.

OBJEKTIF

  • Memupuk kesedaran akan kepentingan ilmu falak terhadap masyarakat
  • Menyokong dan menjana usaha-usaha ke arah menggalakkan perkembangan ilmu falak
  • Membantu perkembangan ilmu falak kepada masyarakat menerusi aktiviti pelancongan
  • Membantu perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai hubungkait dengan ibadah dan kehidupan

JADUAL WAKTU TAYANGAN, TAJUK DAN HARGA TIKET

Bayaran Masuk Ke Kompleks Falak Sahaja (Tanpa Tayangan) : RM 1.00

HARI MASA TAJUK TAYANGAN JENIS TAYANGAN JUMLAH TEMPAT DUDUK DEWASA 12 TAHUN KE BAWAH
PELAJAR
MENENGAH RENDAH
Selasa hingga Ahad dan Cuti Am
10.00 am
Oasis in Space
Filem Planetarium
90
RM 2.00
RM 1.00
RM 2.00
RM 1.00
11.00 am
SOS Planet
Filem 3D
78
RM 3.00
RM 2.00
RM 3.00
RM 2.00
2.00 pm
Oasis in Space
Filem Planetarium
90
RM 2.00
RM 1.00
RM 2.00
RM 1.00
3.00 pm
SOS Planet
Filem 3D
78
RM 3.00
RM 2.00
RM 3.00
RM 2.00
4.00 pm
Oasis in Space
Filem Planetarium
90
RM 2.00
RM 1.00
RM 2.00
RM 1.00
Jumaat Tiada Tayangan Pukul 2.00 pm
Isnin Tutup

Tarikh Kemaskini : 10 Disember 2007

WAKTU JUALAN TIKET (Tayangan Planetarium dan Tayangan 3D)

WAKTU JUALAN TIKET
PAGI
PETANG
Selasa - Ahad dan Cuti Am
9.30 am - 12.45 pm
2.00 pm - 4.30 pm
Jumaat
9.30 am - 12.30 pm
2.45 pm - 4.30 pm

PERATURAN AM

  • Tidak boleh merakam dan mengambil gambar di dalam panggung.

  • Waktu tayangan adalah seperti tertakluk dalam jadual yang disediakan oleh pihak pentadbiran Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

  • Barangan yang di larang oleh undang-undang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Jika anda ada membawa makanan, pastikan kebersihan di jaga dan sampah di buang ke dalam tong sampah yang disediakan. Beg sekolah dan kasut perlu diletakkan di rak yang telah disediakan.
  • Pakaian yang sesuai untuk ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah pakaian yang tidak menjolok mata dan kemas. Bagi penganut agama Islam, anda digalakkan untuk berpakaian menutup aurat. Singlet, seluar pendek dan skirt pendek tidak di benarkan sama sekali.
  • Semua peralatan yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi perlu mendapat keizinan dari pihak pentadbiran sebelum digunakan.
  • Pihak kami tidak menyediakan penginapan dan makanan tetapi kami bersedia menguruskannya.

 


Jabatan Mufti Negeri Melaka