|
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad
Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau
dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.
Beliau telah berjasa
dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah
al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah
dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan
dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli
falak yang agung.
Diantara hasil kerja
beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula
ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai
pandangan Ptolemy.
Beliau juga telah
menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai
pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu
dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan
bintang, sukatan masa dan jam matahari.
Selain bidang falak,
Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang
agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan
angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen,
ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.
Diantara karangan
Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak),
Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard
(falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik)
dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).
|