ADIL
DAN ZALIM
Fenomena
dalam masyarakat
Manusia
mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua
sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan
amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan
kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada
keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui
memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan
Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu
untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami)
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya
(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada
padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat
kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
(Surah
Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama
Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka
Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira
(kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga),
dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan
balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi
itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan
yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai
apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada
yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah
diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu,
iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan
yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana
hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk
kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan
oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah
sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang
dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang
peraturannya).
PENGERTIAN
ADIL
Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang
adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan
hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa
lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum
orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.
Daripada
ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan
bahawa keadilan itu:
1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa
dan orang yang lemah tidak teraniaya.
ADIL
KEPADA DIRI SENDIRI
Menurut
Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri
dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah
iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada
diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina.
Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan
dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan
rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada
membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan
) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri
ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah
( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu,
kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
supaya baik amalannya.
Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri
seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya
sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan
tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara
apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar
(hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang
buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman
dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa
berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.
(
Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya
diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami
dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami
orang-orang yang rugi.
Sabda
Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.
Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat
sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka
tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia
dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan
Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh
Allah Taala.
ADIL KEPADA ORANG LAIN
Keadilan
kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan
melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela
orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah.
Ini berdasarkan ayat Al-Quran:
(Surah
An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan,
serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar
serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya
ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka
dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil.
Asas
bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak
dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau
undang-undang.
Tanpa
berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh
dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga
mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan
iaitu:
1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang
kuat merampas hak orang yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang
yang tidak bersalah teraniaya.
3. hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi
berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.
SIFAT
ORANG YANG ADIL.
Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i- tidak mementingkan diri sendiri
ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.
Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud
:
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka
dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang
tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan
kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki
(hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan
hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.
Ditulis
semula oleh:
1. Hj. Kalamhamidi Bin Hj. Abu Bakar
2. Lila Hanizah Bt. Abdul Jalil