ARTIKEL BERDASARKAN
TAFSIR
TERJEMAHAN
DARIPADA PETIKAN TAFSIR IBNU KATHIR
SURAH ANNUR, AYAT 60:
TAJUK: SEJAUH MANA WANITA TUA DIHARUSKAN MENANGGALKAN PAKAIAN
LUAR?
[وَالْقَوَاعِدُ مِنَ
النِّسَآءِ]
(Dan
mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid).
Sa’id bin Jubayr, Muqatil bin Hayyan, Ad-Dahak dan Qatadah berkata
bahawa mereka itu adalah wanita-wanita yang tidak lagi dapat
melahirkan anak,
[الَّلَـتِى لاَ
يَرْجُونَ نِكَاحاً]
(yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi)
bermaksud, mereka tidak lagi berkeinginan untuk berkahwin,
[فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ
جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَـتِ بِزِينَةٍ]
(maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya,
dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka)
bermaksud, mereka tidak perlu menutup tubuh badan mereka dengan
cara yang sama sebagaimana yang wajib dilakukan oleh wanita-wanita
lain. Abu Dawud merakamkan bahawa Ibn ‘Abbas telah berkata
bahawa ayat :
[وَقُل
لِّلْمُؤْمِنَـتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـرِهِنَّ]
(Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram))[24:31]
telah dinasakhkan dan pengecualian telah dibuat dalam kes ;
[وَالْقَوَاعِدُ مِنَ
النِّسَآءِ الَّلَـتِى لاَ يَرْجُونَ نِكَاحاً]
(Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid,
yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi)
[فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ
جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ]
(maka tidak ada salahnya mereka
menanggalkan pakaian luarnya,)
Ibn
Mas’ud telah mengatakan bahawa pakaian luar ialah
“Jilbab atau Rida”.
Pandangan yang sama juga diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Ibn
‘Umar, Mujahid, Sa’id bin Jubayr, Abu Ash-Sa’tha’, Ibrahim
An-Nakha’i, Al-Hassan, Qatadah, Az-Zuhri, Al-Awza’I dan lain-lain.
[غَيْرَ
مُتَبَرِّجَـتِ بِزِينَةٍ]
(dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka ),
Sa’id bin Jubayr berkata, “Mereka
tidak boleh sewenang-wenangnya mendedahkan diri mereka dengan
menanggalkan pakaian luar mereka supaya dandanan/perhiasan/aurat
mereka boleh dilihat”
[وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ
خَيْرٌ لَّهُنَّ]
Maksudnya pakaian luar yang kalau dibuka atau ditanggalkan
maka tiada menampakkan aurat. Al-Quthubi dalam tafsirnya
mengatakan bahawa jilbab ialah itu lebih itu lebih luas dari
selendang. Ibnu Abbas dan Ibnu Masud keduanya sahabat
Rasulullah saw yang terhitung alim mengatakan bahawa Jilbab
ialah Rida', semacam selimut luas. Al-Qurthubi menjelaskan
sekali lagi: Yang benar ialah sehelai kan yang menutupi
seluruh badan. Ibnu Katsiir mengatakan bahawa jilbab ialah
ditutupkan ke badan diatas daripada selendang.
Dalam kamus
Al Muhith disebutkan bahwa
jilbab
adalah pakaian lebar dan longgar untuk wanita serta dapat
menutup pakaian sehari-hari (tsaub) ketika hendak keluar
rumah.
(dalam pada itu
perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak
menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik).
Bermaksud, tidak menanggalkan pakaian luar, meskipun
dibenarkan berbuat demikian, adalah lebih baik bagi mereka.
[وَاللَّهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ]
(dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui)
Petikan
daripada Terjemahan Tafsir Al-Maraghiy, Surah An-Nur, ayat
60:
Berkenaan para
wanita yang tidak dapat melahirkan anak lagi kerana usianya
yang sudah lanjut dan tidak mempunyai keinginan untuk
berkahwin, tidak berdosa untuk mennggalkan pakaian luarnya
seperti baju labuh dan jilbab yang berada di atas kerudung.
Akan tetapi mereka diisyaratkan tidak menampakkan perhiasan
(aurat) yang tersembunyi seperti rambut, dada bahagian atas
dan betis kepada mahram atau pun yang bukan mahramnya.
Kesimpulan:
Para wanita tua
tidak berdosa untuk duduk di rumahnya dengan mengenakan
baju dan tudung serta menanggalkan jilbab selagi tidak
bermaksud bersolek dan menampakan perhiasan (aurat) yang wajib
disembunyikan. Mereka boleh berbuat demikian dengan syarat
tidak memiliki kecantikan yang boleh menimbulkan
syahwat/fitnah. Namun begitu, jika mereka mempunyai
kecantikan, maka mereka ditegah berbuat demikian kerana ia
boleh menimbulkan syahwat kepada orang yang melihatnya.
Jika mereka
memelihara kehormatan dengan menegnakan jilbab dan
selendangnya, maka hal itu lebih baik kepada mereka daripada
menanggalkannya kerana boleh menjauhkan mereka daripada
fitnah. Terdapat perumpamaan yang mengatakan “setiap yang
jatuh di kampung mempunyai pemungutnya”.