ARTIKEL
PILIHAN
Hilal
- Penentuan awal bulan.
Kassim
Bahali
International Cresent Observation Project (ICOP)
Persatuan Falak Syar'i Malaysia
Penentuan
awal bulan secara tradisinya adalah seperti yang ditunjukkan oleh
sunnah Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara rukyah(melihat) hilal.
Di dalam taqwim Islam, hilal menjadi panduan menandakan bermulanya
bulan baru hijrah. Hilal sebagai tanda waktu telah disebut didalam
AlQuraan, Allah berfirman yang bermaksud,
“Mereka
bertanya kepada engkau dari hal hilal Katakanlah hilal itu adalah
tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji”
Al Baqarah: 189
Pekara
ini juga ada dijelaskan di dalam hadis iaitu apabila umat Islam
hendak menentukan awal Ramadhan seperti hadis yang bermaksud;
“
Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana
melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah
bilangan Syaban tiga puluh hari”
(Bukhari
dan Muslim)
Apakah
hilal? Hilal ialah fasa bulan yang menunjukkan sebahagian kecil
dari permukaan bulan yang bercahaya yang boleh dilihat selepas
bulan melengkapkan satu edaran sinodis mengelilingi bumi. Ia kelihatan
seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit
Rajah 1 di atas menunjukkan edaran
bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi mathari. Semasa
bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada
satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu
garis (meridian) dan kedudukan ini dinamakan Ijtimak.
Ijtimak
berasal dari perkataan Arab yang bermaksud berkumpul. Bulan seterusnya
bergerak meninggalkan kedudukan Ijtimak 1 dan terus beredar mengelilingi
bumi sehingga ia mengalami kedudukan ijtimak yang berikutnya iaitu
Ijtimak 2. Dalam masa yang sama bumi juga beredar mengelilingi
matahari. Masa yang diambil oleh bulan dari Ijtimak 1 ke Ijtimak
2 ialah 29 hari 12 jam 44 minit 2.9 saat. Ini bermakna bulan sudah
melengkapkan satu edaran lengkap dan edaran ini dinamakan edaran
Sinodis.
Akibat
dari edaran bulan mengelilingi bumi bahagian muka bulan yang bercahaya
kelihatan berubah dari hari ke hari dari bentuk sabit halus bertambah
menjadi lebih besar hingga menjadi purnama dan mengecil semula
dan menjadi seperti sabit halus. Perubahan ini dinamakan fasa.
Semasa bulan mengelilingi bumi ia mengalami fasa-fasa yang tertentu
bermula dari fasa hilal.


Hilal
Rejab 1420
Dalam
rajah 2 di atas menunjukkan fasa-fasa bulan. Kedudukan 1 merupakan
kedudukan awal bulan dan fasa ini dinamakan fasa bulan baru (new
moon) atau Ijtimak. Kedudukan ini dikira sebagai titik mula pergerakan
bulan beredar mengelilingi bumi. Dari kedudukan 1 bulan bergerak
ke kedudukan 2, ke 3 , ke 4 dan akhirnya kembali semula pada kedudukan
1. Pada setiap kedudukan bulan bulan mempunyai fasa yang berlainan.
Pada ketika Ijtimak, bulan betul-betul berada di antara bumi dan
matahari. Ketika ini bulan tidak dapat dilihat oleh penduduk di
bumi kerana bahagian gelap bulan menghadap bumi. Apabila bulan
beredar sedikit ke kedudukan 1a, sebahagian kecil permukaan bulan
yang bercahaya akan dapat dilihat bentuknya seperti lengkuk cahaya
yang sangat halus. Inilah yang dinamakan hilal.
Untuk
menentukan awal bulan Contohnya 1hb. Ramadhan secara hisab kita
mesti tahu bila berlakunya Ijtimak. Secara umum Ijtimak berlaku
diakhir bulan hijrah. Hilal dianggap boleh kelihatan sekiranya
memenuhi syarat (MABIMS) ImkanuRukyah (kemungkinan nampak ) ketika
ghurub (terbenam) matahari pada hari rukyah, 29 haribulan Syaban.
Syarat tersebut ialah Umur hilal
sekurang-kurangnya 8 jam selepas IIjtimak. Jika syarat ini dipenuhi
maka hari esok dikira sebagai 1 hb. Selain syarat di atas adalagi
syarat di ada dua lagi syarat iaitu
:
Altitud (ketinggian) hilal dari ufuk sekurang-kurangnya 2°
ketika ghurub matahari.
: Jarak lengkung matahari dan bulan sekurang-kurangnya 3°.
Sekirannya
syarat umur sudah mencukupi bermakna syarat kenampakan dipenuhi.
