ARTIKEL PILIHAN

Rukyah hilal sedunia: Ramadhan 1421H
Kassim Bahali
Member of International Cresrent Observatiaon Project(ICOP)
Persatuan Falak Syar'i Malaysia

Satu projek rukyah (cerapan) hilal diperingkat antarabangsa telah dimulakan sejak Ramadhan 1419H (Disember 1998) dan dianggotai oleh 36 buah negara di dunia termasuk Malaysia. Projek ini dikenali sebagai ' Projek cerapan hilal Antarabangsa '(International Cresent Observation Project - ICOP, http://www.jas.org.jo/icop.html) beribu pejabat di Jordan. Penulis salah seorang ahli ICOP yang telibat secara langsung di dalam projek ini. Buat masa ini ahli-ahlinya terdiri lebih kurang 100 orang dari negara-negara yang terlibat.

Semasa penentuan hilal Ramadhan 1421H yang lalu sebanyak 24 laporan cerapan hilal telah diterima dari ahli-ahli projek ini di seluruh dunia. Peserta projek yang melaporkan telah melakukan cerapan atau rukyah termasuk dari Malaysia, India, Iran UAE, Iraq, Arab Saudi, Yemen, Kenya, Jordan, Maauritania, Sudan, Afrika Selatan, Algeria, UK, Morroco, Trinidad & Tobago, USA, Mexico dan Canada.

Dari laporan tersebut kebanyakan negara telah melakukan cerapan atau rukyah pada petang Ahad 26 November 2000 lalu. Hasil rukyah menunjukkan tiada ahli ICOP (kecuali dari USA) yang dapat melihat hilal Ramadhan termasuk dari Arab Saudi. Saleh Al Saab dan Anwar Al Muhammad ahli ICOP dari Arab Saudi melaporkan hilal tidak dapat dilihat di tempat mereka di Arab Saudi kerana keadaan ufuk barat yang berawan sepenuhnya. Penulis yang turut melakukan rukyah bersama jawatankuasa melihat hilal negeri Melaka pada petang tersebut di Kg. Balik Batu Tanjung Bidara juga tidak dapat melihat hilal kerana keadaan langit yang berawan di ufuk barat.

Walau bagaimana pun laporan dari Houston, USA telah melaporkan hilal Ramadhan telah dapat dilihat di sana. Laporan dari Houston tersebut diterima dari Zaheeruddin Penyelaras Rukyah Hilal bagi Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA). Hilal Ramdhan telah dapat dilihat pada petang Ahad 26 November 2000. Ketika ghurub matahari umur hilal 24 jam 12 minit dengan altitud 8Á 27'. Dr. Mohib Durani, Penyelaras Maklumat Falak, ISNA. menyebut hilal Ramadhan turut telah dapat dilihat di Beaumont, Texas USA.

Sementara itu ada juga laporan negara yang telah melakukan rukyah pada Sabtu 25 Novemeber 2000 iaitu Fiji dan Libya dan mendakwa telah dapat melihat hilal. Kedua-dua negara tersebut telah memulakan puasa pada Ahad 26 November 2000, sehari awal dari kebanyakan negara lain di dunia. Walau bagai manapun laporan ini tidak dapat diterima kerana bercanggah dengan kiraan falak. Mengikut kiraan falak pada sabtu 25 November 2000 Ijtimak belum berlaku lagi maka tidak mungkin hilal boleh dilihat.

Kebanyakan negara telah berpuasa pada Isnin 27 November 2000 termasuk Malaysia kecuali Kenya, Afrika Selatan, Morocco dan Brunei mula berpuasa pada Selasa 28 November 2000.

Permulaan Ramadhan 1421H di negara-negara

Ahad 26 November:-

  1. Libya
  2. Kepulauan Fiji

Isnin 27 November:-

  1. Malaysia
  2. Indonesia
  3. Sinapura
  4. Iraq
  5. Yemen
  6. Saudi
  7. Kuwait
  8. UAE
  9. Bahrain
  10. Qatar
  11. Jordan
  12. Syria
  13. Lebanon
  14. Palestine
  15. Egypt
  16. Sudan
  17. Tunisia
  18. Algeria
  19. Mauritania
  20. Germany
  21. Trinidad and Tobago
  22. USA
  23. Canada
  24. Mexico

Selasa 28 November:-

  1. Kenya
  2. South Africa
  3. Morocco
  4. Brunei


Senarai Artikel Pilihan | Laman Utama