|
|
|
INFO
QURBAN >> HUKUM DAGING KORBAN
|
- Qurban Wajib dan Qurban Nazar :
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar
maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas
orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah
dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan
itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
- Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang
empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana
firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah
kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan
sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada
golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan
mentah lagi basah (belum dimasak).
Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil
sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian
besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan
akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh
menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada
orang lain dan sebagainya.
- Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat
dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh
dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya
dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada
izinnya.
- Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada
orang kafir walaupun sedikit.
- Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain
sebagaimana dalam hukum zakat.
- Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual
daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu
daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:
"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada
dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
- Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu
sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan
kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.
|
|
|