CARA
MENGHORMATI MASJID
Setiap
orang Islam yang mendampingi rumah-rumah Allah ( masjid
) hendaklah menjaga kehormatan dan kesuciannya sebagaimana
yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam sabdanya
;
Ertinya ;
"Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka
janganlah terus duduk sehingga ia mengerjakan dua rakaat
( tahiyatul masjid )
Ertinya ;
"Dari
Abi Qatadah radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu
'alaihi Wasallam telah bersabda, "Apabila seseorang
dari kalangan kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan
sembahyang dua rakaat ( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk
Ertinya ;
Dari
Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu
'alaihi Wasallam bersabda "Dan tidak berhimpun sesuatu
kaum dalam sebuah rumah ( masjid ) dari rumah Allah sedang
mereka membaca kitab Allah serta mereka mempelajari kandungan
isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh para malaikat
( pembawa rahmat ) dan turun mereka semangat tenang dan
tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat. Dan
juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan ( malaikat-malaikat
) yang ada di sisinya".
Mengenai orang-orang perempuan yang mengunjungi ke masjid,
Abu Hurairah radiallahu Anhu berkata,
Rasulullah
s.a.w. telah bersabda "Janganlah kamu melarang
perempuan hamba Allah pergi ke masjid-masjid Allah dan hendaklah
mereka keluar ( dari rumah mereka ) dengan memakai pakaian
yang sederhana dan tidak pula memakai bau-bauan.
Walaupun orang-orang perempuan tidak dilarang mengunjungi
masjid-masjid Allah dengan syarat mereka memakai pakaian
yang sopan dan tidak memakai bau-bauan tetapi dalam sebuah
hadis yang lain ( riwayat Imam Ahmad dan Al tabrani ) bahawa
semasa baginda menjawab pertanyaan Ummu Humaid baginda bersabda
;
"Dan ( sebagai seorang perempuan maka
) sembahyangmu dalam bilikmu lebih baik bagimu daripada
sembahyangmu di masjid-masjid kampungmu ".
BERIKTIKAF
DI MASJID
Di
antara amal-amal baik bagi memakmurkan masjid ialah beriktikaf
di dalamnya. Beriktikaf di masjid ertinya duduk di masjid
dalam suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal bakti
kepada Allah Subhanahu Wata'ala Dalam masa beriktikaf
itu hendaklah diisi dengan mengerjakan sembahyang sunat,
membaca A--Quran, berzikir ( tasbih, tahmid dan tahlil ),
beristighfar, berselawat atas Nabi s.a.w., berdoa dan lain-lain
lagi dari amal-amal bakti yang mendampingkan diri seseorang
makhluk kepada Allah s.w.t. yang telah menciptanya dan mencipta
sekalian alam serta mentadbirkannya.
Amalan
beriktikaf itu telah disyariatkan oleh Allah Taala
semenjak zaman nabi-nabi yang telah lalu sebagaimana yang
diterangkan di dalam Al-Quran
Ertinya ;
Dan
ingatlah ketika kami jadikan Baitullah ( Kaabah ) sebagai
tempat manusia berulang alik ( tempat berziarah ) dengan
aman dan sentosa. Sebab itu ambillah ( jadikanlah ) olehmu
akan makam nabi Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Dan
kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan ismail supaya kedua-duanya
membersihkan rumahku ( kaabah ) untuk orang-orang yang tawaf
dan untuk orang-orang yang iktikaf, juga untuk orang-orang
yang ruku dan sujud ( surah Al-Baqarah : 125 )
Hukum
beriktikaf di masjid ialah Sunat Muakkad pada tiap-tiap
waktu dan lebih afdhal lagi pada 10 malam yang akhir
dari bulan Ramadhan untuk menunggu malam lailatul Qadar,
tetapi jika seseorang itu bernazar untuk beriktikaf di masjid
dalam satu-satu masa yang tertentu maka hukumnya adalah
wajib.
Siti Aishah Radiallahu Anha ada berkata ,
Ertinya ,
Adalah Nabi Muhammad s.a.w. apabila hendak beriktikaf,
baginda sembahyang subuh ( pada waktu fajar ) kemudian baginda
masuk beriktikaf di tempatnya yang khas di dalam masjid.
Diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang lain ;
Ertinya ;
Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. biasanya beriktikaf pada
10 hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga diwafatkan
oleh Allah azawajalla, kemudian ( amalan iktikaf itu ) diteruskan
oleh isteri-isteri baginda sesudah itu.