|
Bil
|
Pertanyaan
Ketua Paderi
|
Jawapan
Abu Yazid Al-Bustami
|
|
1.
|
Yang
satu tidak ada duanya
|
Kewujudan
Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada
sekutu baginya.
|
|
2.
|
Yang
dua tiada tiganya
|
Malam
dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang
dan apabila pergi siang datanglah malam.
|
|
3.
|
Yang
tiga tiada empatnya
|
Kursi,
Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.
|
|
4.
|
Yang
empat tiada limanya
|
Taurat,
Injil, Zabur dan Al-Quran.
|
|
5.
|
Yang
lima tiada enamnya
|
Islam
telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar,
Maghrib, Ishak dan Subuh.
|
|
6.
|
Yang
enam tiada tujuhnya
|
Hari-hari
Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini
semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
|
|
7.
|
Yang
tujuh tiada lapannya
|
Tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut
di dalam Kitab Suci juga.
|
|
8.
|
Yang
lapan tiada sembilannya
|
Bilangan
Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan
di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul
Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan
Malaikat.
|
|
9.
|
Yang
sembilan tiada sepuluh
|
Bilangan
kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan
bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab
Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat
sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka
tidak pernah melakukan yang baik.
|
|
10.
|
Sepuluh
yang sempurna
|
Kewajipan
puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji
sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah
ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari
semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya.
Itulah dia sepuluh yang sempurna.
|
|
11.
|
Yang
sebelas
|
Saudara-saudara
Nabi Yusof Alaihissalam.
|
|
12.
|
Yang
dua belas
|
Bilangan
bulan dalam setahun.
|
|
13.
|
Yang
tiga belas
|
Mimpi
Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab
Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang,
matahari dan bulan.
Jumlahnya
tiga belas.
|
|
14.
|
Orang
yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga
|
Mereka
ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.
Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam
bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka
membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing.
Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
|
|
15.
|
Orang
yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka
|
Mereka
ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman
Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata
Kaum
Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata
kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar.
Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka
antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu
tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka
iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya.
Lantaran itu mereka menduduki neraka.
|
|
16.
|
Tempat
roh dalam badan manusia
|
Roh
berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui
hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan
urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya):
katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
|
|
17.
|
Al
Zariyati Zarwa
|
Nama
empat macam angin.
|
|
18.
|
Al
Hamilati Wakra
|
Awan
gemawan di dada langit.
|
|
19.
|
Al
Jariyati Yusra
|
Perahu-perahu
yang belayar di laut.
|
|
20.
|
Al
Mukassimati Amra
|
Malaikat-malaikat
yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada
manusia pada malam Nisfu Syaaban.
|
|
21.
|
Yang
empat belas
|
Tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan
firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman
kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh
lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap
perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata
kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu
secara patuh dan taat."
|
|
22.
|
Kubur
yang berjalan dengan penghuninya
|
Ikan
besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam.
Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana
sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan
izin Allah Taala.
|
|
23.
|
Yang
bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
|
Waktu
subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi
subuh apabila ia terlepas.
|
|
24.
|
Air
yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari
bumi.
|
Air
yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman
Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.
|
|
25.
|
Empat
yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan
bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
|
Kibas
yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban
ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh
Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi
Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.
|
|
26.
|
Satu
ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang
buruk.
|
Suara
keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan
firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara
yang paling buruk ialah suara keldai
|
|
27.
|
Darah
yang mula-mula mengalir
ke
bumi.
|
Darah
Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
|
|
28.
|
Sesuatu
ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
|
Helah
kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya):
sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu
helah besar atau berat.
|
|
29.
|
Pada
mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
|
Tongkat
Nabi Musa Alaihissalam
|
|
30.
|
Wanita
yang paling utama.
|
Hawa,
ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah,
Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
|
|
31.
|
Gunung
yang paling utama
|
Gunung
Tursina
|
|
32.
|
Binatang
yang paling utama.
|
Kuda.
|
|
33.
|
Bulan
yang paling utama.
|
Bulan
Ramadhan.
|
|
34.
|
Malam
yang paling utama.
|
Lailatul
Qadar.
|
|
35.
|
Tentang
Atta’mah
|
Hari
Kiamat.
|
|
36.
|
Pohon
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30
daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di
matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
|
Pohon
itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan
ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat
|
|
37.
|
Satu
benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi
tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
|
Bahtera
Nabi Noh Alaihissalam.
|
|
38.
|
Empat
jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi
sumbernya satu.
|
Air
mata, air telinga, air hidung dan air mulut.
Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin
dan air mulut tawar.
|
|
39.
|
Nakir,
fatil dan kitmir.
|
Nakir
ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih,
fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan
kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
|
|
40.
|
Sabid
dan Labad
|
Bulu
kambing biri-biri dan kambing kasi.
|
|
41.
|
Sam
dan Ram.
|
Makhluk
yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
|
|
42.
|
Maksud
keldai Makwak.
|
Keldai
Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata:
Allah melaknatnya.
|
|
43.
|
Maksud
anjing menyalak.
|
Anjing
menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi
penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang
maha berkuasa.
|
|
44.
|
Maksud
jeritan kuda.
|
Kuda
menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku
ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh
semangat.
|
|
45.
|
Maksud
jeritan unta.
|
Unta
menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi
Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah
Dia tempat aku menyerahkan diriku.
|
|
46.
|
Maksud
nyanyian burung Bulbul.
|
Nyanyian
Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu
pagi dan pada waktu petang.
|
|
47.
|
Maksud
bunyi katak.
|
Bunyi
katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah
di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat
yang tiada penghuninya.
|
|
48.
|
Maksud
kata-kata burung Nakus.
|
Maksud
kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh!
Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di
timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat
langit?.
|
|
49.
|
Kaum
daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun
ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
|
Makhluk
itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya):
dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih...
|
|
50.
|
Di
mana malam ketika siang dan di mana siang ketika
malam.
|
Kedua-duanya
berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
|