BERITA PUSAT ZAKAT

Pusat Zakat Melaka akan melanjutkan operasi hari bekerja dan masa bekerja sempena bulan Disember ini. Menurut Pengurus Besar PZM Tuan Haji Ismail Bin Haji Hasim, Pusat Zakat Melaka (Ibu Pejabat) akan memulakan operasi hari bekerja selama 7 hari seminggu dari 8 Disember - 31 Disember ini.

Bagi hari bekerja PZM akan beroperasi sehingga 5.30 petang, manakala pada cuti umum ianya akan dibuka mulai jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. PZM juga melanjutkan masa operasi pada tarikh 31 Disember 2003 sehingga 12.00 tengah malam bagi membolehkan masyarakat di Negeri Melaka melunaskan zakat sebelum akhir tahun dan pembayaran boleh diselaraskan dengan cukai pendapatan 2003.

Selain itu PZA sedang berbincang dengan pasaraya-pasaraya utama di Negeri Melaka untuk jadual kaunter setiap hujung minggu pada bulan Disember dan pada 31 Disember 2003.

JADUAL PENYERAHAN KUTIPAN / SLIP BANK / RESIT FITRAH 1424H/2003M MENGIKUT DAERAH

KETUA PENYELARAS : MOHD. FADZIR BIN AB. JALIL
PEN: PENYELARAS : MOHD. FAUZI BIN SHAARI

BIL
DAERAH
TARIKH/HARI
MASA
TEMPAT
PEGAWAI BERTUGAS
JUMLAH KARIAH / AGENSI TERLIBAT
1
MELAKA TENGAH

8-9 Dis 2003
(Isnin - Selasa)

9.00 pg - 4.00 ptg PUSAT ZAKAT MELAKA - Syed Syirazi
- Mas Ali Hanafiah
- Muhamad Najmi
-Idayu
67 Kariah
2
ALOR GAJAH
10 -11 Dis 2003
(Rabu - Khamis)
9.00 pg - 4.00 ptg PEJABAT AGAMA DAERAH ALOR GAJAH - Mas Ali Hanafiah
- Muazam
- Mohd. Shahriazwan
34 Kariah
3
MASJID TANAH
12 -13 Dis 2003
(Jumaat - Sabtu)
9.00 pg - 4.00 ptg BANGUNAN TABUNG HAJI MASJID TANAH - Hazmi
- Mas Ali Hanafiah
- Sambilan
20 Kariah
4
MERLIMAU
15 Dis 2003
(Isnin)
9.00 pg - 4.00 ptg 3937 A, Tkt. Atas Kedai MARA Merlimau - Muhammad Azlan
- Mas Ali Hanafiah
- Sambilan
19 Kariah
5
JASIN
16 - 17 Dis 2003
(Selasa - Rabu)
9.00 pg - 4.00 ptg Pejabat Agama Daerah Jasin - Mas Ali Hanafiah
- Ismail Umar
- Sambilan
25 Kariah
6
AGENSI / KEM TERENDAK
18 Dis 2003
(Khamis)
9.00 pg - 4.00 ptg Pusat Zakat Melaka - Ustaz Fadzir
- Mas Ali Hanafiah
- Muhamad Najmi
10 Kariah
27 Kariah

Sumber : Pusat Zakat Melaka

Laman Utama