1.
Definisi :
i)
Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis
atau hadas.
2.
Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.
3.
Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf
lelaki dan perempuan.
4.
Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah
sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11
yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada
langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
"
Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5.
Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan
solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah
khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah
Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada
di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t.
.
7.
Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat
dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada
orang yang melaksanakannya.
8.
Syarat wajib taharah ialah :
-
Islam
-
Berakal
-
Baligh
-
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
- Tidak
lupa
-
Tidak dipaksa
-
Berhenti darah haid dan nifas
-
Ada air atau debu tanah yang suci.
-
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
9.
Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan
kebersihan dan kesucian.
10. Ahli fiqh
bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq)
sebagaimana firman Allah:
| 025.048
وَهُوَ
الَّذِي
أَرْسَلَ
الرِّيَاحَ
بُشْرًا
بَيْنَ يَدَيْ
رَحْمَتِهِ
وَأَنْزَلْنَا
مِنَ السَّمَاءِ
مَاءً طَهُورًا
|
|
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar
gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami
turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus
menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau
debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali
sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alat–alat
untuk bersuci itu ialah:
- Air mutlaq,
iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan
atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa
bahagian:
- Air
yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu
air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
- Air
yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu
air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai
dan air laut.
- Tanah,
boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan
tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah: