2. Meletakkan
tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di
atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
3. Melihat
ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
4. Membaca
tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
5. Membaca
al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum
Al-Fatihah.
6. Selain
daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada
tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang
Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’,
Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’,
tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada
malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut
hendaklah memperlahankan suara.
7. Membaca
selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.
8. Membaca
surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah.
Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang
tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga
dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.
9. Bertakbir
ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.
10. Membaca
semasa
mengangkat kepala daripada ruku‘.
11. Membaca
tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
12. Meletakkan
kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.
13. Duduk
secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada
selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
14. Membaca
salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
15. Berdoa
dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas
tasyahhud akhir.
16. Memberikan
salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
17. Khusyu‘,
iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi
perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.