Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah
dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat
buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat
air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum
dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)
SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM
1. Ketiadaan
air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang
ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan,
sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang
jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau
melambatkan sembuh.
SYARAT
TAYAMMUM
1. Menggunakan
debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda
lain.
2. Menyapu
muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
3. Hilang
najis terlebih dahulu.
4. Masuk waktu
sembahyang.
5. Bertayammum
bagi setiap ibadat fardhu.
6. Ada keuzuran
seperti sakit atau ketiadaan air.
ANGGOTA TAYAMMUM
1. Muka.
2. Dua belah
tangan hingga siku.
RUKUN TAYAMMUM
1. Berniat
ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti
berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah
Ta`ala.”
2. Menyapu
muka.
3. Menyapu
kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.
SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca
basmalah iaitu lafaz 
2. Mendahulukan
menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas
dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut
di antara menyapu muka dan menyapu tangan.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Berlaku
sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat
air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad
iaitu keluar dari agama Islam.