1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara
yang diredhai oleh Allah s.w.t.
2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian
daripada hartanya pada jalan kebajikan.
3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk
faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.
4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan
rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian
daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu
menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara
kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta
itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar
.
(Surah Al-Hadid Ayat 7 )
5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara
tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia .
6. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur
dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
7. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya
muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam termasuklah
:
a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai
oleh Allah dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba
dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Rujukan
& Petikan di ambil dari Kitab :
1)
Kitab Matla'al Badrain-Syeikh Daud Fattani di susun oleh
Ibnu rahmat
2) Fiqh Syafie Jilid 2-Ustaz H.Idris Ahmad S.H
3) Syarah Hadith 40-Khalil Ibrahim Mulla Khotir
4) Terbitan Sasbadi-Ustaz Hamil@Amir Abdul Hameed
5) Fiqh Muamalat &Jenayah/Fiqh 11(PPJJ UKM)
i) Dr.Muhammad Hj Md Daud
ii) Dr.Ahmad Kamaruddin Hj Hamzah
6) Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam
i) BIMB Institute Of Research And Traning Sdn.Bhd(BIRT).
|