kembali ke www.al-azim.com
Laman Utana | Tauhid | Ibadat | Muamalat | Munakahat | Jinayat | Akhlak | Tasawwuf
Bab 1 : Pengertian Muamalat
1.1 : Peraturan Muamalat
1.2 : Tujuan Muamalat
1.3 : Peranan Muamalat
1.4 : Fadhilat Muamalat
Bab 2 : Perkara Berhubung Muamalat
Bab 3 : Jual Beli
Bab 4 : Riba
Bab 5 : Jenis-jenis Harta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 5 : Jenis-jenis Harta (sambungan)

HARTA MITHLIY DAN HARTA QIMIY

  • Harta mithliy ialah harta yang ada sebanding atau serupa dengannya tanpa terdapat berlebih kurang dalam semua juzu`nya.
  • Harta mithliy boleh dibahagikan kepada empat jenis:

1. Harta yang boleh disukat seperti gandum, beras dan sya`ir dan lain-lain.

2. Harta yang boleh ditimbang seperti kapas, besi dan lain-lain.

3. Harta yang boleh dibilang kerana ukurannya hamper sama seperti telur, kelapa dan lain-lain.

4. Harta yang boleh diukur dengan menggunakan meter atau ela seperti kain yang sama jenis, kayu yang sama potongan dan jenisnya. "

Harta qimiy ialah harta yang tidak terdapat lagi di mana-mana yang serupa dengannya atau yang sebanding antara satu sama lain di pasar-pasar atau di kedai-kedai; atau ada bagi harta itu yang serupa dengannya akan tetapi harganya berbeza antara satu dengan yang lain seperti beberapa ekor binatang atau beberapa lot tanah, pokok-pokok, rumah, batu-batu permata, buku-buku yang ditulis tangan atau buku-buku yang telah digunakan, maka termasuk juga dalam kumpulan harta qimiy seperti buah-buahan yang ukurannya berbeza antara satu dengan yang lain. "

Harta qimiy akan menjadi harta mithliy dan sebaliknya boleh terjadi dalam empat keadaan berikut:

1. Dengan sebab habis dalam pasaran, bila habis harta mithliy di pasaran, maka bertukarlah harta mithliy kepada harta qimiy.

2. Bila bercampur aduk antara harta mithliy dengan harta mithliy dan jenis keduanya berbeza, maka dengan sebab bercampur aduk kedua jenis harta mithliy itu maka bertukarlah keadaannya daripada harta mithliy kepada harta qimiy seperti bercampur antara beras dengan gandum dan sebagainya.

3. Sekiranya harta mithliy terdedah kepada kebakaran atau tenggelam di dalam lautan, maka jadilah harta mithliy tersebut bertukar menjadi harta qimiy.

4. Sekiranya harta mithliy telah berlaku kecacatan ataupun telah digunakan, maka jadilah ia harta qimiy yang khusus. Harta qimiy bertukar kepada harta mithliy apabila berlaku banyaknya harta qimiy sesudah ianya jarang diperolehi orang.

Sekiranya sesuatu harta itu jarang dapat dibeli di pasaran, kemudian harta itu sudah menjadi banyak, maka harta qimiy bertukar menjadi harta mithliy sesudah dinilai dengan harga yang khusus.

Harta yang bernilai atau yang telah dinilai orang terhadapnya adalah lebih umum daripada harta qimiy. Harta yang telah dinilai mencakupi harta qimiy dan harta mithliy.

Faedah pembahagian harta kepada harta mithliy dan harta qimiy adalah seperti berikut:

1. Harta mithliy adalah sabit di dalam zimmah sebagai hutang iaitu dengan dijadikan harta mithliy itu sebagai nilai kepada pembelian menerusi penentuan jenisnya dan sifatnya. Harta qimiy tidak boleh diterima sabit sebagai hutang di dalam zimmah dan tidak sah dijadikan nilai. Contohnya, kalaulah bergantung hak seseorang dengan harta qimiy seperti seekor kambing atau lembu, maka wajiblah bergantung hak seseorang itu kambing atau lembu yang telaqh ditentukan. Ini kerana harta qimiy walaupun dari satu jenis, ianya tidak bersamaan antara satu dengan yang lain kerana bagi tiap-tiap suatu itu ada sifat dan nilai yang berbeza.

2. Cara membuat gantian terhadap orang yang dicerobohi atau yang membinasakannya. Jika seseorang merosakkan harta mithliy kepunyaan orang lain seperti sekarung gandum atau gula, maka wajib ia mengganti benda yang serupa dengannya supaya gantian itu bertepatan. Adapun harta qimiy, maka orang yang merosakkannya hendaklah ia mengganti kadar harganya sahaja.

HARTA ISTIHLAKIY DAN HARTA ISTI`MALIY

  • Harta istihlakiy ialah harta pakai habis, iaitu harta yang tidak boleh digunakan manfaatnya melainkan dengan menghabiskan zatnya seperti makanan, minuman, kayu api, petrol dan lain-lain.
  • Harta isti`maliy ialah harta pakai dan guna berterusan, iaitu harta yang boleh diambil manfaat dengannya serta kekal zatnya seperti harta tetap, hamparan, pakaian, buku dan lain-lain. "

Faedah pembahagian harta kepada harta istihlakiy dan harta isti`maliy ialah:

1. Harta istihlakiy boleh diterima bagi tujuan berakad untuk menghabiskan zatnya seperti hutang wang dan makanan.

2. Harta isti`maliy boleh diterima untuk berakad dengannya dengan matlamat untuk menggunakannya seperti sewa-menyewa dan pinjam-meminjam.

 

 
© Jabatan Mufti Negeri Melaka