MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)
Iaitu menyebutkan harga modal barang-barang
yang dibeli kepada orang yang akan membeli dengan memberi
syarat,supaya barang itu diberi untung.
Contoh 1: Umpamanya seseorang
berkata : "Barangku ini aku beli berharga RM100,sekarang
berilah aku keuntungan 10%" lalu diterima oleh orang
yang akan membeli .
-Maka penjual diatas mendapat untung RM10 dari
modal belian beharga RM100.
Contoh 2: Umpamanya seseorang
berkata :"Saya jual rumah ini dengan harga yang saya
beli dengan tambahan untung 10%".
Contoh 3: Umpamanya seseorang
berkata :"Saya jual kepada anda sebagaimana saya beli
serta untung satu dirham pada tiap-tiap sepuluh dirham"
jawab pembeli itu,saya terima.
-Maka sahlah jualan itu.
Contoh 4: Umpamanya seseorang
berkata :"Aku hendak menjual barang-barangku yang telah
kubeli, bila engkau mahu membeli barangku itu semua maka tiap-tiap
10 buah, engkau aku beri sebuah. Jadi yang dibeli adalah 9,
sedangkan yang satu lagi adalah hadiah."
WADI’AH (SIMPANAN)
Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan)
kepada seseorang supaya barang itu dijaga dengna baik. Jadi
barang Wadiah itu beerti barang amanat yang harus dikembalikan
kepada orang yang empunya,bila ia datang meminta.
Firman Allah s.w.t:
|
وَإِنْ
كُنْتُمْ
عَلَى سَفَرٍ
وَلَمْ
تَجِدُوا
كَاتِبًا
فَرِهَانٌ
مَقْبُوضَةٌ
فَإِنْ
أَمِنَ
بَعْضُكُمْ
بَعْضًا
فَلْيُؤَدِّ
الَّذِي
اؤْتُمِنَ
أَمَانَتَهُ
وَلْيَتَّقِ
اللَّهَ
رَبَّهُ
وَلا تَكْتُمُوا
الشَّهَادَةَ
وَمَنْ
يَكْتُمْهَا
فَإِنَّهُ
آثِمٌ قَلْبُهُ
وَاللَّهُ
بِمَا تَعْمَلُونَ
عَلِيمٌ
|
|
|
Maksudnya : "Maka hendaklah orang yang diamanahkan itu
menyempurnakan apa yang diamanahkan kepadanya,dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah".
(Surah Al-Baqarah ayat 283)
Firman Allah s.w.t:
|
إِنَّ
اللَّهَ
يَأْمُرُكُمْ
أَنْ تُؤَدُّوا
الأمَانَاتِ
إِلَى أَهْلِهَا
وَإِذَا
حَكَمْتُمْ
بَيْنَ
النَّاسِ
أَنْ تَحْكُمُوا
بِالْعَدْلِ
إِنَّ اللَّهَ
نِعِمَّا
يَعِظُكُمْ
بِهِ إِنَّ
اللَّهَ
كَانَ سَمِيعًا
بَصِيرًا
|
|
|
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruhmu,supaya amanat
itu diserahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang
empunya)".
(Surah An-nisa' ayat 58)
BAI’USSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN
BARANG)
Perkataan Salam itu asal maknanya serah atau tangguh, maksudnya
disini iaitu menjual sesuatu barang yang disifatkan kepada
tanggungan seseorang yakni jual secara pesanan atau order(memesan
barang).
Contoh 1: Umpamanya Zaid berkata kepada si
Ali :"Buatkanlah saya satu seluar dari kain woll yang
berwarna kuning muda,ukurannya 105cm panjang,70cm pinggang,25.5cm
besar kaki,43cm lebar pinggul,kocek belakang satu dan sebagainya
dengan harga RM100.
Firman Allah s.w.t :
|
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا
إِذَا تَدَايَنْتُمْ
بِدَيْنٍ
إِلَى أَجَلٍ
مُسَمًّى
فَاكْتُبُوهُ
وَلْيَكْتُبْ
بَيْنَكُمْ
كَاتِبٌ
بِالْعَدْلِ
وَلا يَأْبَ
كَاتِبٌ
أَنْ يَكْتُبَ
كَمَا عَلَّمَهُ
اللَّهُ
فَلْيَكْتُبْ
وَلْيُمْلِلِ
الَّذِي
عَلَيْهِ
الْحَقُّ
وَلْيَتَّقِ
اللَّهَ
رَبَّهُ
وَلا يَبْخَسْ
مِنْهُ
شَيْئًا
فَإِنْ
كَانَ الَّذِي
عَلَيْهِ
الْحَقُّ
سَفِيهًا
أَوْ ضَعِيفًا
أَوْ لا
يَسْتَطِيعُ
أَنْ يُمِلَّ
هُوَ فَلْيُمْلِلْ
وَلِيُّهُ
بِالْعَدْلِ
وَاسْتَشْهِدُوا
شَهِيدَيْنِ
مِنْ رِجَالِكُمْ
فَإِنْ
لَمْ يَكُونَا
رَجُلَيْنِ
فَرَجُلٌ
وَامْرَأَتَانِ
مِمَّنْ
تَرْضَوْنَ
مِنَ الشُّهَدَاءِ
أَنْ تَضِلَّ
إِحْدَاهُمَا
فَتُذَكِّرَ
إِحْدَاهُمَا
الأخْرَى
وَلا يَأْبَ
الشُّهَدَاءُ
إِذَا مَا
دُعُوا
وَلا تَسْأَمُوا
أَنْ تَكْتُبُوهُ
صَغِيرًا
أَوْ كَبِيرًا
إِلَى أَجَلِهِ
ذَلِكُمْ
أَقْسَطُ
عِنْدَ
اللَّهِ
وَأَقْوَمُ
لِلشَّهَادَةِ
وَأَدْنَى
أَلا تَرْتَابُوا
إِلا أَنْ
تَكُونَ
تِجَارَةً
حَاضِرَةً
تُدِيرُونَهَا
بَيْنَكُمْ
فَلَيْسَ
عَلَيْكُمْ
جُنَاحٌ
أَلا تَكْتُبُوهَا
وَأَشْهِدُوا
إِذَا تَبَايَعْتُمْ
وَلا يُضَارَّ
كَاتِبٌ
وَلا شَهِيدٌ
وَإِنْ
تَفْعَلُوا
فَإِنَّهُ
فُسُوقٌ
بِكُمْ
وَاتَّقُوا
اللَّهَ
وَيُعَلِّمُكُمُ
اللَّهُ
وَاللَّهُ
بِكُلِّ
شَيْءٍ
عَلِيمٌ
|
|
|
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman apabila
kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang(yang diberi
tempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.
(Surah Al-Baqarah ayat 282)
AL-IJARAH (UPAHAN)
Menurut istilah Bahasa Arab,kalimah Ijarah
merujuk kepada bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan
sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya.
Contoh 1: Ahmad datang membawa sepotong kain
kepada seorang tukang jahit untuk dibuat seluar,tukang jahit
itu menjamin dalam pengakuannya,bahawa seluar tersebut akan
selesai tempoh 3 hari. Setelah sampai waktunya,si Ahmad datang
mengambil seluarnya dan menyerahkan wang sebanyak RM 50 kepada
tukang jahit itu.
Firman Allah s.w.t :
قَالَتْ
إِحْدَاهُمَا
يَا أَبَتِ
اسْتَأْجِرْهُ
إِنَّ خَيْرَ
مَنِ اسْتَأْجَرْتَ
الْقَوِيُّ
الأمِينُ
قَالَ
إِنِّي
أُرِيدُ
أَنْ أُنْكِحَكَ
إِحْدَى
ابْنَتَيَّ
هَاتَيْنِ
عَلَى أَنْ
تَأْجُرَنِي
ثَمَانِيَ
حِجَجٍ
فَإِنْ
أَتْمَمْتَ
عَشْرًا
فَمِنْ
عِنْدِكَ
وَمَا أُرِيدُ
أَنْ أَشُقَّ
عَلَيْكَ
سَتَجِدُنِي
إِنْ شَاءَ
اللَّهُ
مِنَ الصَّالِحِينَ
|
|
|
Maksudnya: Salah seorang diantara perempuan
yang berdua itu berkata:"Wahai ayahku ambillah dia menjadi
orang upahan(mengembala kambing kita),sesungguhnya sebaik-baik
orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa)"aku hendak mengahwinkan
dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini,dengan
syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun,dalam
pada itu jika engkau genapkan menjadi 10 tahun,maka yang demikian
itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak
bertujuan hendak menyusahkanmu,engkau akan dapati aku insyaallah,dari
orang-orang yang baik layanannya".
(Surah Al-Qasas ayat 26-27)
AR-RAHNU (PAJAK GADAI)
Menjadikan harta benda sebagai jaminan atas
hutang iaitu maksudnya menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran
bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya
membayar hutang itu nanti.
Firman Allah s.w.t :
|
وَإِنْ
كُنْتُمْ
عَلَى سَفَرٍ
وَلَمْ
تَجِدُوا
كَاتِبًا
فَرِهَانٌ
مَقْبُوضَةٌ
فَإِنْ
أَمِنَ
بَعْضُكُمْ
بَعْضًا
فَلْيُؤَدِّ
الَّذِي
اؤْتُمِنَ
أَمَانَتَهُ
وَلْيَتَّقِ
اللَّهَ
رَبَّهُ
وَلا تَكْتُمُوا
الشَّهَادَةَ
وَمَنْ
يَكْتُمْهَا
فَإِنَّهُ
آثِمٌ قَلْبُهُ
وَاللَّهُ
بِمَا تَعْمَلُونَ
عَلِيمٌ
|
|
|
Maksudnya :" Dan jika kamu sedang dalam
perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tidak kamu peroleh orang
yang akan menuliskannya maka boleh diserahkan saja jaminan
yang dapat di pegang".
(Surah Al-Baqarah ayat 283)
Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :
"Dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w pernah membeli makanan
dari seorang yahudi dengan cara berjanji dan dirungguhkannya(digadaikannya)
sehelai baju besi".
(Riwayat Al-Bukhari&Muslim)
AL-WAKALAH (BERWAKIL)
Ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu
urusannya kepada orang lain pada apa yang boleh diwakilkan
menurut syarak,agar orang yang diwakilkan itu dapat melakukan
sesuatu yang diserahkan kepadanya Selagi yang menyerahkan
itu masih hidup.
Al-Wakalah ini lebih berhubung dengan muamalat
& munakahat seperti bab jual-beli dan bab perkahwinan
dan lain-lain. Tidak sah mewakilkan sembahyang,puasa dan lain-lain
hal yang bersangkut-paut dengan ibadah kecuali ibadah haji
& umrah(kedua-duanya boleh diwakilkan),sebab ibadah itu
adalah perhubungan manusia dengan tuhannya.
Firman Allah s.w.t :
|
وَإِنْ
خِفْتُمْ
شِقَاقَ
بَيْنِهِمَا
فَابْعَثُوا
حَكَمًا
مِنْ أَهْلِهِ
وَحَكَمًا
مِنْ أَهْلِهَا
إِنْ يُرِيدَا
إِصْلاحًا
يُوَفِّقِ
اللَّهُ
بَيْنَهُمَا
إِنَّ اللَّهَ
كَانَ عَلِيمًا
خَبِيرًا
|
|
|
Maksudnya:"Maka kirimlah(utuslah) seorang
hakim dari keluarga yang laki-laki dan seorang hakim dari
keluarga perempuan,jika kedua-duan orang tengah itu (dengan
ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan".
(Surah An-Nisa' ayat 35)
AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG)
Pada bahasa ialah musafir untuk berniaga.
Firman Allah s.w.t :
|
إِنَّ
رَبَّكَ
يَعْلَمُ
أَنَّكَ
تَقُومُ
أَدْنَى
مِنْ ثُلُثَيِ
اللَّيْلِ
وَنِصْفَهُ
وَثُلُثَهُ
وَطَائِفَةٌ
مِنَ الَّذِينَ
مَعَكَ
وَاللَّهُ
يُقَدِّرُ
اللَّيْلَ
وَالنَّهَارَ
عَلِمَ
أَنْ لَنْ
تُحْصُوهُ
فَتَابَ
عَلَيْكُمْ
فَاقْرَءُوا
مَا تَيَسَّرَ
مِنَ الْقُرْآنِ
عَلِمَ
أَنْ سَيَكُونُ
مِنْكُمْ
مَرْضَى
وَآخَرُونَ
يَضْرِبُونَ
فِي الأرْضِ
يَبْتَغُونَ
مِنْ فَضْلِ
اللَّهِ
وَآخَرُونَ
يُقَاتِلُونَ
فِي سَبِيلِ
اللَّهِ
فَاقْرَءُوا
مَا تَيَسَّرَ
مِنْهُ
وَأَقِيمُوا
الصَّلاةَ
وَآتُوا
الزَّكَاةَ
وَأَقْرِضُوا
اللَّهَ
قَرْضًا
حَسَنًا
وَمَا تُقَدِّمُوا
لأنْفُسِكُمْ
مِنْ خَيْرٍ
تَجِدُوهُ
عِنْدَ
اللَّهِ
هُوَ خَيْرًا
وَأَعْظَمَ
أَجْرًا
وَاسْتَغْفِرُوا
اللَّهَ
إِنَّ اللَّهَ
غَفُورٌ
رَحِيمٌ
|
|
|
Maksudnya :"Dan yang lainnya orang-orang
yang musafir dibumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia
Allah".
(Surah Al-Muzammil ayat 20)
Mudharabah juga dikenali dengan nama qiradh
iaitu potong,kerana orang yang memiliki harta memotong sebahagian
hartanya untuk diniagakan dengan harta itu.
Mudharabah juga dikenali sebagai Mu'amalah
yang dimaksudkan disini ialah aqad perjanjian yang dibuat
oleh dua pihak :
Pihak pertama:
Memberi sejumlah wang kepada pihak kedua supaya
berniaga,dengan syarat keuntungan dibahagikan antara keduanya
mengikut persetujuan sebagaimana yang dijanjikan seperti 1/2,1/3
dan seterusnya.
Pihak kedua :
Berusaha atau berniaga dengan modal yang diberikan
oleh pihak pertama mengikut segala syarat yang dipersetujui
kedua pihak.
AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT/JANJI)
Ialah hutang tanpa syarat atau janji untuk
membayar balik lebih daripada hutang tetapi memberi saguhati
kepada tuan punya hutang semasa membayar,bukan kerana syarat
atau janji.
Contoh 1 :
Seorang berhutang daripada seorang lain tanpa
syarat atau janji sebarang bayaran lebih atau manfaat, semasa
akad atau di luar akad atau sebelum hutang itu di jelaskan
tetapi apabila menjelaskan hutangnya orang yang berhutang
itu memberi saguhati atau hadiah kepada tuan punya hutang.
Contoh 2 :
Ali membayar hutangnya kepada Abu sebanyak
RM50 beserta RM3 berupa saguhati.
AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN
HARGA TANGGUH)
Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan
bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan
barang yang dijual kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran
harganya sehingga ke satu masa yang di tetapkan atau dengan
bayaran beransur-ansur.
Contohnya :
Umpamanya kerusi antik, harga tunai RM2000,
jika tangguh RM2200.
Rujukan & Petikan di ambil dari Kitab :
1) Kitab Matla'al Badrain-Syeikh Daud Fattani
di susun oleh Ibnu rahmat
2) Fiqh Syafie Jilid 2-Ustaz H.Idris Ahmad S.H
3) Syarah Hadith 40-Khalil Ibrahim Mulla Khotir
4) Terbitan Sasbadi-Ustaz Hamil@Amir Abdul Hameed
5) Fiqh Muamalat &Jenayah/Fiqh 11(PPJJ UKM)
i) Dr.Muhammad Hj Md Daud
ii) Dr.Ahmad Kamaruddin Hj Hamzah
6) Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam
i) BIMB Institute Of Research And Traning Sdn.Bhd(BIRT).
|