1) Iaitu
supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan
seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta
tipudaya dan sebagainya.
2) Kehendak manusia
itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi
sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
3) Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja
untuk manusia dengan jalan yang halal.
Sabda Rasulullah s.a.w
: maksudnya :
Daripada Abdullah
bin An – Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :" Aku
telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang
halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga
telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal
dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas
akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai
manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara
yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan
agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam
perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh
ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama pengembala yang
mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir
binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar
ini . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya
kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan
Allah adalah perkara - perkara yang telah di haramkannya . Dan
ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul
daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya
ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia
adalah hati."
(Diriwayatkan oleh
Al-Bukhari dan Muslim)