1.
Takrif Nikah :
i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan
pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong
di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara
keduanya bukan mahram.
2.
Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan
di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"
Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka
sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah
)
3.
Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak
adalah seperti berikut :