kembali ke www.al-azim.com
Laman Utama | Tauhid | Ibadat | Muamalat | Munakahat | Jinayat | Akhlak | Tasawwuf
Bab 1 : Pernikahan
Bab 2 : Kufu Dalam Pernikahan
Bab 3 : Khiar Dalam Pekahwinan 
Bab 4 : Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini 
Bab 5: Maskahwin (Mahar) 
Bab 6: Walimah Al-Urus
Bab 7: Enggan Berkahwin
Bab 8: Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya 

Bab 9 : Pembubaran Perkahwinan

Bab 10 : Ruju'
 
 

Bab 2: Kufu Dalam Pernikahan

1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.

2. Kufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.

3. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ".

5. Kufu berpunca daripada lima sebab :

  • Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
  • Merdeka bukan hamba .
  • Keturunan.
  • Pekerjaan.
  • 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )

 

 
© Jabatan Mufti Negeri Melaka