1.
Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin
di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat
yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat
mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2.
Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa
berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang
sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3.
Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
4.
Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah
/ terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1)
Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4)
Sabar.
5)
Syukur.
6) Ikhlas.
7)
Tawakkal.
8)
Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5.
Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah
/ tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1)
Banyak Makan
2)
Banyak bercakap.
3) Marah.
4)
Hasad.
5)
Bakhil.
6)
Cintakan kemegahan.
7)
Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9)
Ujub ( Hairan Diri ).
10)
Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).