1.
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan
rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan
kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya.
2.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah
) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu
yang lain".
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
3.
Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika
tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui
akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi
zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang
disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5.
Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan
laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada
Allah s.w.t.
6.
Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang
itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t.
dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya
dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan
: Tasauf di Dalam Islam - Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )