| |
Tasawwuf
> Bab 12 : Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
-
Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika
makan atau minum.
- Makan
dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang
itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini
menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
-
Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun
tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana
termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
-
Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
- Banyak
berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak
salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang
yang mendengar itu mudah merasa jemu.
3.
Ghadhab (pemarah)
- Ia
bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru
kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
-
Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran.
Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah
akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
- Sifat
pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya
dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
4.
Hasad (dengki)
- Iaitu
menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang
atau berpindah kepadanya.
- Seseorang
yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat
nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau
lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang
bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu
wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang
lain.
- Orang
yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita
dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah
dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
- Iaitu
menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada
jalan yang dituntut oleh agama.
- Nikmat
yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada
seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya
dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan
pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan
dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu
wata‘ala.
- Lebih-lebih
lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti
zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan,
maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan
besar di sisi agama.
6.
Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
- Iaitu
kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
- Perasaan
inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan
seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
- Akibat
daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama
manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan
kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7.
Hubbud dunya (kasihkan dunia)
- Ia
bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara
yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan
di akhirat.
-
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada
kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut
ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak
menjadi kebajikan di akhirat.
-
Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan
perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya
daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
- Namun
begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan
Allah bukanlah suatu kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
- Iaitu
membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
- Orang
yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih
tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang
lain itu hina dan rendah pangkat.
- Sifat
takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian
Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar
daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
9.
‘Ujub (bangga diri)
- Iaitu
merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
- Orang
yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam
hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna
dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya
dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan
sebagaimana yang dia lakukan.
- Dengan
itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan
orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10.
Riya’ (menunjuk-nunjuk)
- Iaitu
memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
- Setiap
amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah
keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah
kepada Allah semata-mata.
- Orang
yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya
telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
|